" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~

Sebiru langit I

SEGALA PUJI BAGI ALLAH

"baru buka blog, dah berhabuk, tiada entri baru! inilah namanya semangat sehangat tahi ayam!"

mungkin itulah yang ada di minda pembaca blog ini.
atau hanya bermain di minda saya saja?
Hakikatnya, masalah teknikal dan psikologikal mengekang kelangsungan blog ini.

Baik. cubaan terbaru. Sebarang komen dialu-alukan.




"Kau tak nak join kami sekali?” Tanya Kamil bila melihat Najwa menggalas beg dan berura-ura hendak berlalu. Bukankah mereka bercadang untuk makan tengah hari bersama?

“Ada apa-apa nak bincang lagi ke?” Tanya Najwa sambil memandang Rita. Faiz dan Kamil sudah mula hendak bergerak. Mereka baru selesai perbincangan tugasan kumpulan. Meja di luar perpustakaan itu, agak berselerak dengan segala benda.

“Dah tak de.. saja lah hang up sama-sama, sebelum present esok.” Kata Rita sambil mengemas alat tulisnya di atas meja perbincangan.

“Oh.. kalau macam tu aku gerak dulu lah.” Kata Najwa.

“Eh, kau dah makan ke, marilah, join kitorang..” kata Has memujuk. Tangannya diletak atas bahu Najwa.
Najwa tersenyum. “takpelah. Aku ada hal. Sorrylah ye.”dia mencubit pipi Has. Has menyeringai menahan sakit.

“Okey, you all, aku gerak dulu, Assalamualaikum” tanpa sempat mereka yang lain berkata apa-apa, Najwa sudah berlalu.

“Waalaikum salam” kata Kamil yang hanya mampu memandang belakang Najwa yang menghilang dibalik bangunan. Hujung tudung Najwa itu seakan ‘melambai’ kepadanya. Kamil menarik nafas panjang.

“Kau patut dah faham, dia takkan nak join kita punya..” kata Faiz berlagu dihujung ayatnya. Dia meletakkan sikunya dibahu Kamil, bersandar disitu, sambil turut memandang ke hadapan tempat hilangnya Najwa tadi, lagak melihat masa depan.
Kamil memandang raut Faiz yang mengangkat keningnya berkali-kali. Menyindirnya.Dia menjatuhkan siku Faiz. Faiz pura-pura terjatuh. Menjelingnya tajam. Menyibuklah Faiz ni!

 “So kita nak makan kat mana?”

“Bakery!” cadang Rita dan Has serentak. Lalu tawa mereka pecah.

                                                *************
Najwa menghempaskan badannya ke katil. Teringat wajah hampa Kamil, dan sinisnya senyuman Faiz. Itu tidak campur dengan muka Has yang memujuk tadi. Di menghela nafas panjang.Memandang kipas yang berpusing di syiling. Lalu dia merenung diri. 

Bilah-bilah kipas itu seperti manusia. Selaju mana bilah kipas itu ke depan, dia pasti akan kembali ke titik mulanya. Manusia juga begitu. Pasti. Dan sangat pasti. Akan kembali kepadaNya. Jadi salahkah dia jika dia punya prinsip untuk kembali dengan keadaan yang diidam semua mukmin? Ingatannya kembali pada sebulan lalu.

                                                           *********************


“Dah pukul berapa ni, baru kau balik?” Tanya Fia di meja belajarnya, apabila dia melangkah masuk ke bilik berhati-hati. Niat membuka pintu dengan perlahan kerana tidak mahu mengejutkan roomatenya itu hancur. Pasti Fia sedang menyiapkan esaimen atau laporan amali.

“Aku ada discussion tadi” sahut Najwa memberi jawaban. Dia membuka lilitan selendang pink yang tadinya melekat dikepalanya. Overcoat hitam turut disangkut ke hanger.

“Dengan Kamil? sampai pukul 2 lebih? Wa, kau pun tahu, apa kau buat ni kan?” kata Fia lembut. Dapat mengagak yang Najwa keluar dengan Kamil lagi.

“Kitorang bukan duduk dua orang saja, ramai lagi kawan-kawan lain.” Najwa beralasan.

 Ya Rita , Faiz dan Has pun ada. Bukan Kamil saja. Lepas discussion tadi mereka mengajaknya minum sebentar, takkan nak tolak pula? Sembang  punya sembang, tak sedar hari dah pagi.

"Hhm, kau dah besar Najwa, dah boleh berfikir. Aku nak tidur dah ni, kejap lagi tutupkan lampu.” Ujar Fia sambil menutup mulutnya yang terkuap.
Najwa menarik nafas panjang. Lega, Fia tidak berkhutbah panjang. Entah bagaimana, semester ini dia boleh sebilik dengan Fia yang juga satu course dengannya. Fia itukan bekas BADAR sekolahnya dulu. Pasti “khutbah” dia pun pedas! Dia menguap. Ah esok ada kelas pagi, malasnya!

                                                            *************
                                                                                                                                   
“Jom, aku dah siap ni” Fia muncul dengan baju T-shirt labuhnya itu,dengan lengkap bertudung. Dia yang masih duduk di atas katil menoleh.

“Kau pergi dulu, nanti aku follow” memberi helah. Dia malas sebenarnya.

“Ala, apsal pulak?tak best lah macam ni, jomlah.. kita pergi sama-sama. Aku tunggu kau ya?” Fia bersabar memujuknya.

“Okeylah.. “dia akhirnya menurut.

Pergi ke mana? Mengikuti Fia riadah. Tapi bersama rakan-rakan Fia yang se ‘fesyen’ dengan Fia. Dia sebenarnya segan dengan mereka yang bertudung labuh itu. selebihnya dia tidak senang dengan gelagat mereka yang hanya bercampur dengan ‘angkatan’ mereka sahaja.tidak bercampur pun dengan kami yang ‘biasa-biasa’ ini.. tapi semenjak berkawan dengan Fia, anggapan itu terkakis walaupun tidak sepenuhnya.

“Najwa…!  awak pun ada?? Bestlah macam ni..” sapaan Hajar,menyambutnya sejurus dia sampai di taman rekreasi itu.

Belum sempat dia menjawab, satu lagi sapaan datang.

“Najwa.. lama tak jumpa..” Itu Hana, tak cukup itu, dia dipeluk oleh Hana. Segan pula disambut begini. Tapi dia agak tersentuh  dengan sikap mereka. Bukankah mereka baru kenal seminggu lepas? Masa Fia ajak makan bersama di kafe fakulti. Tapi gaya mereka, seperti sudah kenal bertahun.

Penat beriadah pagi itu, diselangi dengan gurau senda antara mereka. Habis bermain netball, dia sangka tamat di situ sahaja, bagaimanapun ada sambungannya.

Duduk di bawah teduhan pokok, di dalam satu bulatan, pada  mulanya buat dia merasa pelik.

‘Mahu buat apakah?’ desis hati Najwa. Dia sudah berkira-kira, berapa assignment yang perlu diselesaikan minggu itu?


“Sudah berapa lama kite hidup? Berapa lama pula kita sumbangkan diri kita untuk agama? Dalam dua puluh empat jam sehari? Tak salah rasanya kita luangkan masa sekejap saja untuk agama.” Tiba-tiba,kata-kata Hajar begitu mengena pada batang hidungnya.

“Islam itu agama yang syumul. Islam bukan persatuan, bukan aktiviti masa lapang, bukan. Tapi Islam itu cara hidup. Kita riadah, ini pun, salah satu cara Islam. Mukmin yang kuat adalah lebih baik dari mukmin yang lemah. Itu mafhum hadis. Nak kata kat sini yang Islam menuntut penganutnya amalkan cara hidup sihat, supaya kita kuat.”

Yang lain hanya mengangguk dan sesekali mencatit pada buku masing-masing.

“Tapi masalahnya, sekarang ni orang dah tak faham Islam. Islam dia ambil bila masa yang suka je, part yang disukai sahaja. Contohnya apa? bila ajaran Islam diguna?”

“Masa nak nikah..” seorang menjawab
.
“Masa nak nikah je pakai tudung, sebab masuk dalam masjid” seorang lagi memberi pendapat. Terkeluar tawa mereka mendengar itu.

“Ya betul lah tu, sebab fesyen,karang tak guna tudung, kata tak up to date pulak kan?” kata Hajar.

“Mari kita ambik satu analogi. Katakanlah,kita nak makan nasi ayam. Apa ada dalam nasi ayam, Najwa?”
Terkejut Najwa dituju tiba-tiba. ,melihat pada Hajar yang tersenyum menanti jawaban.

“Em.. Nasi, ayam goreng-rempah..sup, sos, tomato..sayur-sayur la..” kata Najwa sedikit pelik. Kenapa tiba-tiba cerita pasal nasi ayam pula ni? Ada kaitankah?

“Okey..nampak macam suka nasi ayam je?” Tanya Hajar. Najwa hanya tersenyum. Angin bertiup sederhana, dia memegang hujung tudungnya. Nyamannya..

“Okey itu lah nasi ayam, tapi cuba satu hari ni,kita pergi kafe, mintak dekat makcik kafe tu..
makcik.. nak nasi ayam, tapi jangan bubuh ayam’” terpecah tawa semua. Hajar tersenyum melihat reaksi sahabat-sahabatnya itu.

“Adakah nasi yang kita beli itu dikira nasi ayam? Atau pun kita kata, 

'saya nak nasi ayam, tapi tak nak sup?'

 Boleh ke? Pastu claim kat orang,

‘aku makan nasi ayam tadi, tapi takde sup’.. agak-agak orang cakap apa?” kata-kata dan tone suara Hajar yang bernada lucu itu menghidupkan lagi suasana.

Semua di situ ketawa .
“Orang tak betul la tu..”kata Fia pula

“Okey, jadinya, Islam pun seperti itulah. Bukan boleh di ambil mana yang kita suka sahaja, yang kita tak suka, kita letak tepi..mari kita check surah Al baqarah, ayat 208. Em, mintak Najwa bacakan maksudnya?”

 Hajar memandang wajahnya lagi. baru dia perasan, hanya dia sahaja yang tidak memegang tafsir Al Quran, terpaksalah menumpang tafsir Fia disebelahnya.

“Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (tidak separuh-separuh) Dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata”

“Ayat itu dah jelas, kan? Islam itu sebenarnya satu pakej,yang cukup semua. Jadi kita perlu ambil sepenuhnya Islam itu.Yang perlu kita lakukan sentiasa mengingat, sebab syaitan tu ada je nak menipu dan menggoda kita.” angin pukul sepuluh pagi yang bertiup menambah lagi kesan pada kata-kata Hajar itu. semua diam merefleks diri
.
“Marilah kita makan nasi ayam yang cukup pakej, supaya kesedapan nasi ayam itu dapat kita nikmati dengan sebenar-benarnya..” ujar Hajar berhikmah sambil tersenyum.

 Bulatan ukhuwah itu kemudiannya ditamatkan.  Pagi itu dia seperti dikejutkan dari tidur, benarkah dia adalah sang pemakan ‘nasi ayam’ tanpa sup atau tanpa ayam? Allah, lama benar aku ‘tidur’


"Najwa!!" tiba-tiba namanya dipanggil ketika dia berjalan pulang dari tasik tempat dia beriadaha tadi. dia menoleh. Erk!

Bersambung....

5 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    salam fuh buat sendiri tu.cam menarik je. x sabo nak tunggu sambunga.hehehehe.

  2. zAr says:

    menarik? terima kasih.. banyak typo.. nanti akan betulkan, dah post, tak sempat nak check..
    tunggu ea,cerita akan disambung.

  3. Afiqahai says:

    menarik! ^_^
    ada ilmu yang menarik ingin diselitkan.
    teruskan berkarya!

  4. zAr says:

    terima kasih afiqah, masih lagi bertatih.. doakan supaya idea itu berkat dariNya..

  5. best!reality things that happen around us...(",)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...