" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~

Semasa kecil, aku diarahkan belajar sirah. Jarang-jarang aku serius dengan mata pelajaran yangdiajar di sekolah agama, yang kami sebut sekolah petang,lantaran ia bermula jam 2 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Yalah, bukan orang ghairah  bertanya, subjek akhlak dapat apa, berbanding subjek matematik atau bahasa Inggeris yang sibuk ditanya apakah dapat merah atau biru?

Tapi, aku terpaksa mengubah fikiran apabila guru atau ustaz yang mengajar subjek sirah itu garangnya seperti singa baru keluar dari hutan amazon. mahu tidak mahu, aku terpaksa tekun menelaah buku sirah nabawiyah.

Yalah, ustaz itu pernah menyebabkan lenganku berdarah, kerana gagal menjawab apakah wahyu yang menyebabkan nabi berdakwah secara terang-terangan? Sehingga sekarang aku dapat mengingat ayat dari surah Hijr ayat 94 itu sebagai jawapannya. Sekali dengan lafaz arabnya aku hafal penangan cubitan berbisa ustaz itu. Berdiri atas kerusi waktu itu, akulah juaranya.

Pada tajuk wahyu solat diturunkan,Ustaz Mui'n yang dagunya bersih itu memberitahu kami, bahawa pada asalnya, solat itu ada 50 waktu.

50 waktu??!!

"Jika bukan kerana Nabi Ibrahim yang minta nabi kurangkan, sehingga dapat 5 waktu, kita masih kena solat sekarang"

Jadi, seorang kanak-kanak berumur sepuluh tahun pun, membebaskan fikiran dan imaginasinya melepasi langit logika.

Kalau saja aku perlu solat 50 waktu, tentu saja aku tak sempat pun hendak main kejar-kejar ketika waktu rehat. Apa lagi untuk menghirup 2 mangkuk bihun sup makcik kantin. Sayangnya! Aku juga pasti tidak berpeluang memanjat pokok melur di belakang tandas sekolah itu, bila-bila ia berbunga lagi-yang harumnya melebihi 'harum' tandas yang alami itu. ya! habis sahaja seluruh waktu rehat ku dipenuhi dengan solat sahaja.

ya! manakan sempat, kerana setiap 20 minit aku kena solat!

Eh, tapi bagus juga,tak perlulah aku menghadap dan menjawab soalan sirah yang susah-susah dari ustaz, kalau kelas kami perlu belajar sekejap sahaja, dan kemudiannya perlu berhenti untuk bersolat. Ya! bagus juga.

Eh, tidak boleh juga, kalau tak belajar begitu, bagaimana kami mahu pandai? aku menggaru-garu kepala.

Ah! Solat lima waktu juga yang bagus.

"Fuh, nasib baik ada nabi Ibrahim!" ujarku agak kuat.

[ Read More ]

"Aku Betul-betul tak puas hati dengan dia!"

"Lah, dah kenapa?"

Dia hanya mendengus-sempat menolak kerusi-boleh-pusing di sebelahnya sebelum berlalu. 

"Kalau kerja dia bagus sangat tak mengapa juga, yang dia nak lead sangat projek ni!"
Hani yang tadi bertanya terkebil-kebil, menolak kaca matanya cuba mendapat bayangan, pucuk pangkal 'tajuk' kemarahan sahabat di hadapannya ini.

"Kau ingat projek yang sebelum ni,? Ke laut! Projek yang kali ni pun dia lead jugak? Apa maknanya ni?"

"Siapa?"

"Siapa kau tanya?"

Er....(nak sambung apa ya?)

Baiklah, jangan terpengaruh dengan tajuk, anda dah tertipu sebenarnya, ini bukanlah cerpen, bahkan ia hanyalah contengan.

Hanya satu permulaan draf kasar untuk idea yang kasar, dan spontan. 
Ia adalah gara-gara dia yang pernah saya tulis namanya di dalam senarai nama guru saya dikampus dahulu. Puan Nisah Haron. 

Baru lepas mengunjungi bengkel penulisan pimpinannya, saya jadi ragu-ragu untuk kembali menulis dengan ayat yang sopan, teratur, berbahasa, dan sihat-sihat sahaja tatabahasanya. Disuruh membaca sajak, prosa, saya jadi lupa bagaimana mahu menghayati baris-baris sajak. melampaunya!

Bekerja dengan perkataan-perkataan, saya tiba-tiba jadi trauma apabila mahu menyusun perkataan itu menjadi satu karangan. Peraturan yang banyak membuatkansaya selalu terserempak dengan lampu isyarat ketika menaip. 

Itu hanya alasan, yang penting, menulis. 
sebab jam dah tunjuk 2 pagi, baik saya berhenti sebelum terus-menerus merepek. 



[ Read More ]


"Kenapa doodle?"

"Kenapa apa?"
"yalah, kenapa nama dia doodle?"

Aku terpinga,dah kenapa soalan macam ni muncul? Sama la jugak macam tanya,'kenapa nama saya Hayati?'
Okey, tiba-tiba rasa macam nak letak hasil doodle aku, yang boleh dikatakan buat malu. Tapi sila jangan nafikan usaha aku menghapuskan lumut di blog ini.


random. aku lukis masa bengkel penulisan.

antara yang terawal jugak lah . ini dibuat sebagai mengekspresikan keseronokan aku terlepas dari beban kerja tepat pada jam 12 tengah malam.

Oh, ini dedikasi untuk housemate. She will be married soon.

Adakah ini boleh dipanggil doodle?Pertama kali menggunakan pen fabric. Buruk benao.

Jam turut menjadi mangsa doodle. 

okeyh. Ini paling latest. Doodle atas pen, buku tak sempat doodle bagi habis. 

Doodle atas cawan. Bukan sepenuhnya kerja aku pun. Satu ofis mendoodle. Abaikan mug hijau itu. Aku rasa dia comel, jadi aku beli. 

Doodle yang dah siap, di digitalkan, dan di print menjadi sticker, dan lekat pada cawan. Usaha aku sikit saja, banyaknya sahabat aku yang buat. 

Ni yang aku rasa macam paling tak masuk akal, doodle atas nasi pataya. Kau ada?

Yang ini atas T-shirt. Comot sikit la. 

Okey, yang ni, bukan kasut aku, selamba conteng kasut orang.

Ini rasanya last aku serius mendoodle. Dengan kerja yang berlambak, aku dah tak boleh nak mendoodle sangat. 

Impian aku adalah, aku boleh mengajak semua orang mendoodle di atas canvas atau dinding yang besar, bertemakan Selamatkan Palestin. Ah... Bahagianya. Everyone can doodle.

Ada satu kerja paling gila dalam arena doodle selama setengah tahun ni (ya, sangat baru!) adalah, aku sanggup ambil half day untuk mendoodle. Teruk tak? Sorry bos. 

On the big canvas. (la sangat) target satu jam siap, jadi dua jam lebih. Bia lagi nak buat gila-gila macam ni?

Ada lagi mangsa-mangsa doodle aku seperti mouse pad, dan pinggan mangkuk. Tapi sekarang sudah mahu berhenti. Kenapa aku doodle? Sebab aku rasa aku dah lama menafikan hak aku dan hak jari aku untuk melukis walaupun lukisan aku buruk. Gara-gara sibuk study dan lain-lain. Doodle will make your life brightened. ahah! 












[ Read More ]

"Akak ada blog?"

Aku terpinga . "Ada apa?"

"Blog"
"Apa? Blog?" aku masih blur atau kabur. Ini soalan rare. Orang kalau baru kenal, akan tanya nombor contact, atk pun, akaun facebook. Ini tanya pasal..

Blog. 

Lama dah tak sebut blog.  Cool Blog selalulah.

"Ya. Blog? Yang tulis tu"

"ha.. ye lah, tahu, kenapa tanya?" Aku masih tak nampak kaitan pertemuan pertama kami dengan soalannya berkenaan blog.

"Tak, lah, kut akak ada buat tutorial ke.."
"Eh, tak de lah. Malaslah." Tiba-tiba macam menyesal sebut malas tu. tapi dah terkeluar.

"Kan, nak print screen semua."

Aku mengangguk sambil terfikir, hari tu dah ada orang minta aku buat tutorial buat blog. Bukan blog macam aku  punya ni. tapi blog yang smart, ada slider semua. Aku iyakan saja. Lepas tu tak sambung pun.  Dan sekarang suruh buat tutorial photoshop pula. Kesian juga pada mereka. Dalam hati ada dua benda bergaduh

1- Eh, belajar la sendiri, aku dulu mana pernah attend kelas ke apa.. Memang totally belajar sendiri. Ada lah juga belajar sikit dengan senior sekali duduk.  Dan sekarang anak-anak sekarang, bagi sikit nak sekawah. Carilah sendiri, manja! 
2- Jap, bukan ilmu itu untuk dikongsi ke? Kalau tak bertakung busuk sajalah. Lagi pun, dapat pahala. Oh ea?

Kesimpulannya, blog ini berjaya dibuang lumutnya. 
[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...