" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~

Segala Puji Bagi Allah

Saya teringin benar berkongsi apa yang saya rasa. Sememangnya bukanlah perkara yang menarik pun dan menambah iman.(memang kena addmit ini. sedihnya!) Tapi inilah sisi saya yang lagi satu. Gila sejarah. Jadi selamat menjadi bosan berkawan dengan saya.

Saya sanggup bergolok bergadai-ah hiporbola sungguh!. demi menyertai seminar sejarah. satu demi satu kawan saya mahu heret ke seminar ini. Hanya seorang itu yang mahu. Kasihan, dia terheret dengan kegilaan saya.



Seminar Kecanggihan Teknologi Zaman Kesultanan Melayu Melaka


Canggih tak nama seminar ini?


Apa yang membuatkan saya membaca semula kertas kerja yang terperuk sejak hujung bulan lalu, adalah kerana saya baru sahaja menonton filem yang direkomendasikan oleh pembentang hari itu. Queen of Langkasuka. Asalnya filem itu bertajuk War of Pattani. tapi ada lah isunya mengapa nama itu ditukar.
sememangnya awal-awal lagi aku diingatkan filem ini bukan daripada kisah benar, ia dicedok hanya segelas dua daripada sekawah cerita yang sebenar. lalu dicampurkan dengan elemen-elemen lain untuk menyedapkan lagi sebuah filem.



heronya ramai sekali. Panglima Jarang, Pari, Raja Pahang dan musuh pun banyak juga.Dark RAven, Rawai, dan oh, saya tak dapat mengingat dengan baik. 

Sebetulnya saya sudah keliru, apa fungsinya perkataan Queen dan peranan permasuri yang bernama Hijau itu. Dia hanya duduk-duduk malah bila diserang awal-awal filem itu pun, Lord Jarang juga yang mempertahankan beliau sehingga matanya sebelah buta. Muka Jarang, garang betul!



Oh. apa kena mengena cerita ini dengan seminar ini?

Ya! senjata dalam filem ini hebat sekali! Rupanya memang beginilah kerajaan-kerajaan di nusantar berperang. Keris sebenarnya hanya digunakan untuk serangan jarak dekat, dan, untuk sesi formal, sebagai contoh-Panglima Jarang diamanahkan untuk mencari Lim Tho Khiam-a great inventor from China. 

Dan Keris ini digunakan semata-mata untuk berteriak "FIRE!!" harus keris ini dijulang ke langit saat serangan diarahkan.  Bergaya kan? Kalian pernah lihat dalam filem-filem perang Brat seperti inikah? paling-paling mereka menghunus jari telunjuk sahaja.

Saya sangat kagum dengan baju yang digunakan oleh Panglima Jarang itu. Hebat! Teguh,Mantap tak jarang macam dalam filem-filem buta sejarah 'puteri gunung ledang' dan tak mahu sebut lagi. Terkadang askar-askar Melayu diperlihatkan tidak berbaju dan malah tak berkasut! Maaf ya, tok nek aku dulu bisnes selipar! eh ,bukan, orang dahulu panggil capal. Sengaja benar merendah-rendahkan jati diri orang Melayu.

Belum lagi kamu lihat pakaian Raja Pahang. Bergaya sekali! baju perang yang dilengkapkan dengan tanjak? Wah! ini baru raja Melayu.


 Kalau saya nak kata baju perang Puteri Ungu itu bagus, saya biasa lihat pula dalam filem-filem Eropah. tak mengapalah kalau saya tak puji pun, ya kan?

Mahu Lihat senjata seperti James Bond guna itukah? Eh? Raja Melayu dah lama guna senjata seperti itulah.. nampaknya James Bond ketinggalan zaman. LIhat ini ya..

Hand's up!
Tapi watak Raja PAhang ini mucul di hujung-hujung cerita saja, bergaya dengan pistolnya. sayangnya..dia dahlah kacak! eh? bukan tadi baru kena pesan, tundukkan pandangan ke?

Lalu matilah semua si pengkhianat. Pistol ini kita panggil terakol. Memangnya kita tidak boleh mengkaji sejarah hanya dari filem. Tapi, dalam sejarahnya memang masyarakat Aceh raja-raja mereka biasa gunakan terakol ini. Siap ada ukiran lagi. Menurut pembentang kertas kerja ini, memangnya terdapat usaha untuk melenyapkan bukti-bukti sejarah mengenai senjata Melayu ini.Tak hairanlah ramai tak percaya kita ada senjata lain selain keris dan lembing.

sebentar ya saudara sekalian. Kita ada meriam! dan namanya sungguh bergaya sekali sangat khas bercirikan Melayu. Lela.dan gun bergelar Lela Rentaka. Sila gerun dengan nama-nama ini. Satu hari nanti saya mahu mengkaji asal perkataan Lela ini. mengapa nama yang hebat-hebat dimaknakan dengan LELA. asal manakah perkataan ini ya?
Kabom! besar tahu RENTAKA ini!
orang Inggeris yang pelat itu hanya boleh sebut ia dengan Lentakas. dasar lidah pendek!

Meriam yang terkenal di tanah melayu adalah Seri Negara, Seri Patani dan Mahalela.Meriam-meriam ini dirompak . dan ada pula yang tenggelam dalam laut. Kononnya mahu dipasang pada kapal mereka, terlepas jatuh la pula.. Oh, ya. Mengapa Portugis suka benar dengan meriam kita, ya? mereka kan ada meriam yang katanya lebih hebat. 

Meriam melayu ada ciri istimewa. bolehkah saya panggilkan ia begini-portable cannon. ia ringan, beroda, dan mudah alih. Boleh pasang di kapal, diheret dan dipacakkan di kota-kota. Meriam Barat berat dan suah pula nak dialihkan. Selepas itu adalah proses copy paste lepas Portugis rompak 2000-3000 meriam dari tanah melayu. Dasar pencuri! Ini kes Alfonso yang terkagum-kagum dan tercabar melihat Melayu lebih hebat dari mereka. Awas, melayu bukan kalah kerana tak cukup senjata, tapi tak cukup kuat akhlaknya!
Angka-angka ini dalam catatan Portugis,Jaao De bArros. bukan saya sengaja mereka-reka cerita!

Oh ya. Meriam asalnya daripada China, dan di sesuaikan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Katanya- Hang Tuah pernah diamanahkan membeli sejumlah meriam dan pelurunya itu dari kerajaan tersebut. Harus kalian mencari manuskrip yang mungkin dalam tulisan arab bagi membuktikan cerita ini. 

Semasa Perang Naning dahulu kita tak guna keris macam dalam ilustrasi buku yang saya baca masa darjah empat dahulu itu, tahu? Mereka menggunakan pemuras, Jika dalam bahasa Inggeris, kita sebutkan saja 'blunderbuss'.
 Ia mirip senapang yang menggunakan peluru timah hitam. Eh? macam mahu bunuh hantu saja? yalah, penjajah itukan jahatnya seperti hantu. Boleh mati menggunakan peluru seperti itu saja.

oh ya. jika kalian tidak percaya tok nek kita biasa menggunakan meriam, boleh baca Syair Perang Siak.menceritakan Raja Ismail menggunakan meriam menentang Belanda.Peristiwa itukan terjadi tahun 1764-1765 Ah! asal saja kamu mahu baca syair-syair perang yang panjang-panjang dan lenggok bahasanya kalah SMS buat buah hati kalian!


Belum pun masuk bab baju zirah saya sudah penat menaip.Ya, orang melayu pakai baju. Zirah besi lagi! kan tadi sudah tunjuk baju Raja Pahang di atas itu?Raja-raja yang turun berperang itu guna baju dan perisai besi, dan rakyat atau askar ada perisai dan baju daripada buluh. Biasanya askar ini akan buat serangan jarak dekat yang saat ini barulah mereka gunakan parang. Awal-awal nak takutkan musuh,nak runtuhkan kota, guna meriam. tahu?

YA. Kalian itu anak cucu orang yang hebat-hebat. Silalah percaya yang kalian dulu boleh pegang pistol macam pegang i-pad sekarang ni. Keris hanyalah lambang! okey? Sekian sahaja buletin basi. laporan untuk seminar dua bulan lalu. rasanya saya mahu edar-edarkan kertas kerja hebat itu. Semua orang patut baca dengan hati. Entahlah. saya mahu cakap banyak pun, nanti kalian tembak saya dengan 'Qur'an kau dah cukup dibaca dengan hatikah?" 

Ya. paling kurang saya tidaklah menonton drama-drama Korea lalu menitiskan air mata kemudiannya. Satu ibrah pun susah nak korek dari semalaman kalian tonton itu,kan? 

Apa pun. Inilah saya. akhir kata, saya sangatlah suka cita memetik kata-kata Burhanuddin Al helmy itu. Ya, walaupun szya kutip dari novel. apa salahnya kongsikan buat kalian yang lebih suka buka muka buku,kan?

"Di atas robohan kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka."



[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...