" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~

Kenangan: Solat 50 waktu?

Semasa kecil, aku diarahkan belajar sirah. Jarang-jarang aku serius dengan mata pelajaran yangdiajar di sekolah agama, yang kami sebut sekolah petang,lantaran ia bermula jam 2 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Yalah, bukan orang ghairah  bertanya, subjek akhlak dapat apa, berbanding subjek matematik atau bahasa Inggeris yang sibuk ditanya apakah dapat merah atau biru?

Tapi, aku terpaksa mengubah fikiran apabila guru atau ustaz yang mengajar subjek sirah itu garangnya seperti singa baru keluar dari hutan amazon. mahu tidak mahu, aku terpaksa tekun menelaah buku sirah nabawiyah.

Yalah, ustaz itu pernah menyebabkan lenganku berdarah, kerana gagal menjawab apakah wahyu yang menyebabkan nabi berdakwah secara terang-terangan? Sehingga sekarang aku dapat mengingat ayat dari surah Hijr ayat 94 itu sebagai jawapannya. Sekali dengan lafaz arabnya aku hafal penangan cubitan berbisa ustaz itu. Berdiri atas kerusi waktu itu, akulah juaranya.

Pada tajuk wahyu solat diturunkan,Ustaz Mui'n yang dagunya bersih itu memberitahu kami, bahawa pada asalnya, solat itu ada 50 waktu.

50 waktu??!!

"Jika bukan kerana Nabi Ibrahim yang minta nabi kurangkan, sehingga dapat 5 waktu, kita masih kena solat sekarang"

Jadi, seorang kanak-kanak berumur sepuluh tahun pun, membebaskan fikiran dan imaginasinya melepasi langit logika.

Kalau saja aku perlu solat 50 waktu, tentu saja aku tak sempat pun hendak main kejar-kejar ketika waktu rehat. Apa lagi untuk menghirup 2 mangkuk bihun sup makcik kantin. Sayangnya! Aku juga pasti tidak berpeluang memanjat pokok melur di belakang tandas sekolah itu, bila-bila ia berbunga lagi-yang harumnya melebihi 'harum' tandas yang alami itu. ya! habis sahaja seluruh waktu rehat ku dipenuhi dengan solat sahaja.

ya! manakan sempat, kerana setiap 20 minit aku kena solat!

Eh, tapi bagus juga,tak perlulah aku menghadap dan menjawab soalan sirah yang susah-susah dari ustaz, kalau kelas kami perlu belajar sekejap sahaja, dan kemudiannya perlu berhenti untuk bersolat. Ya! bagus juga.

Eh, tidak boleh juga, kalau tak belajar begitu, bagaimana kami mahu pandai? aku menggaru-garu kepala.

Ah! Solat lima waktu juga yang bagus.

"Fuh, nasib baik ada nabi Ibrahim!" ujarku agak kuat.

3 Responses so far.



  1. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...