" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~

Segala puji bagi Allah


hari ini hendak sembang topik ringan 
(macamlah sebelum ni berat)

Melihat hasil lukisan di devianart,
saya lihat mereka punya hasil seni sangat cantik
namun bila dilihat disebalik tabir, 
rupanya menggunakan alat dan software
memanglah cantik.

mereka gunakan tablet!
saya syak lukisan di bawah ini pun guna tablet juga.



begitu juga dengan yang ini.ini memang diakui menggunakan tablet Bukan spekulasi


jadi?
tiba-tiba entah apa yang mencucuk jiwa
 saya bercita-cita
dan membayangkan untuk memiliki ia juga!

barang tak mampu-milik



maaf,merepek sikit tapi sekadar nak beritahu
zaman sekarang nak lakukan apa pun ada yang meudahkan cara dan kerja
cuma mahu atau tak mahu
mampu atau tidak mampu, erk?

[ Read More ]

SEGALA PUJI BAGI ALLAH



Ini sambungannya.
untuk muka surat seterusnya mungkin lambat sedikit
[ Read More ]

sengaja ambil mood 'grunge'
SEGALA PUJI BAGI ALLAH..


Bahawasanya, saya dengan ini,
setelah kerja-kerja pembinaan dan penambah-baikan 
selama beberapa hari (lebih rasanya)
 barulah berani 
menguar-uarkan blog ini
secara rasminya..

penambah baikan 
cuba dilakukan SECARA BERKALA
seiring dengan
penambahan post-post..
INSYA ALLAH

ringankan lah jari untuk tinggalkan komen ya?


[ Read More ]


SEGALA PUJI BAGI ALLAH

Maaf kalau tulisan tak berapa nampak.
ini memang kerja tanpa pengalaman

dilukis entah bila tak ingat dah





KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN




nantikan sambungnnya!!
[ Read More ]

SEGALA PUJI BAGI ALLAH


















EH? 























MAAF.
TIADA POST LAGI.
INI AZAM. HENDAK TULIS PUISI.

BOLEHKAH??

ER...

DOAKAN SAYA BOLEH  BUAT!
[ Read More ]


SEGALA PUJI BAGI ALLAH



lagi-lagi exam!

disebabkan beberapa perkara, sengaja tidak mahu
membebel panjang 
sila klik sini 
sangat berguna
dan lukisan pun sangat cantik!

[ Read More ]



SEGALA PUJI BAGI ALLAH

kita selalu cuak

dan berasa sentiasa tidak cukup menelaah sebelum masuk dewan peperiksaan
tapi pernahkah kita berasa tidak cukup
untuk peperiksaan yang bakal kita hadapi 
'disana' nanti?
walhal tarikh 'peperiksaan' itu
tertakluk kepada terma dan syarat DariNya
yang sepastinya kita tidak ketahui
boleh jadi esok
boleh jadi sesaat nanti
boleh jadi 
selepas kamu mengerlipkan matamu sekejap nanti!
lalu periksalah dirimu!


kali ini tiada pantun
tapi tertarik dengan madah Melayu ini

Biar titik,
     jangan tumpah.

maksudnya? cari di DBP
(senyum)


peringatan diri: ada satu lagi paper  untuk kamu, jangan  buat-buat demensia

[ Read More ]

Segala puji bagi ALLAH..

kali ini, ia bukan titisan dakwat
kerana tiada setitis dakwat pun digunakan.
oh, lupa..ada, sikit saja
yang banyak adalah titisan peluh
sebelum terus merepek,
sila layan gambar di bawah

till Jannah versi 1



till Jannah versi2

dari banyak-banyak imej disitu
paling mahal ialah
watermark itu
(jangan sesiapa muntah~)
oh?
tak mahu ulas sikitkah wallpaper itu??

baik. buat pertama kali ini, tak mahu membebel panjang.


Pernahkah anda fikir, sejak dari dulu....sejak dari tadika, berapa ramai orang yang kita jadikan sebagai sahabat, kawan teman, tomodachi.. er.. dan semakna dengannya. 
 mari kita putar kembali ingatan masa kecil-kecil dulu, sehingga sekarang. mungkin anda tak perlu pun berfikir lama, sebab dah dapat kesan pun sahabat-sahabat anda dengan adanya facebook. kan? 

Tapi, cuba anda fikir, dalam ramai-ramai itu, satu demi satu bakal dan sudah anda tinggalkan, (kerana lumrah alami, manusia meninggalkan dan ditinggalkan), berapa ramaikah yang anda rasa masih dan tetap bersama anda? tetap berkongsi susah dan senang, berkongsi cerita..berapa ramai??

Dan mengapakah anda bersahabat dengan mereka ini? apakah yang menyebabkan anda bersahabat dengannya?

Hakikatnya, semua yang ada di dunia ini bersifat FANA, bersifat baharu, yang baharu  pastinya akan bersifat lama. begitu juga dengan sahabat. Namun, hubungan yang tak akan mati adalah hubungan yang didasarkan dengan TAKWA dan IMAN.

Kita tak mahu bersahabat hanya di dunia, tapi baiarlah ia membawa sehingga ke syurga. Slogan friends forever, atau bersahabat selamanya perlu ditukar kepada, bersahabat sehingga ke syurga.

Jika anda dan sahabat anda berkawan kerana sebab materi, yang bersifat konsumerisma,atau secara realitinya hidup di kampus, berkawan sebab 

"dia pandai, senang nak tanya apa-apa, senang copy esaimen dia saja" 

atau,

 "dia baik dengan lecturer" 

 percayalah, ianya akan lapuk dek hujan, akan lekang dek panas,..

Lebih berkata pada diri sendiri. Ada beberapa tips yang diamalkan oleh sahabt nabi (radiallahu anhum), dalam berhubungan sesama sendiri

  • menunaikan hak saudaranya tanpa menuntut haknya kembali
  • menunaikan hajat saudaranya tanpa saudaranya SEMPAT memintanya
  • bersangka baik, sehingga jika terdapat 99 kejahatan pada dirinya, carilah satu kebaikan padanya.
Sebenarnya sangat tertarik dengan ayat Al Qur'an yang menceritakan mengenai seorang rasul yang meminta kepada Allah supaya diberikan seorang sahabat yang boleh membantunya dalam kerja-kerja dakwahnya. Susuk ini adalah susuk yang diberi kelebihan oleh Allah, namun, baginda tetap memerlukan seorang sahabat.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu Harun, saudaraku. Teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia,dan jadikanlah dia TEMAN dalam urusanku. Agar kami banyak BERTASBIH kepada -Mu. Sesungguhnya Engkau maha melihat keadaan kami"
(Surah Taha:29-31)




Ini janji saya, selepas habis membebel, saya akan akhiri dengan pantun lama..Yang selalunya diambil di DBP ayuh! menjadi pencinta bahasa..

Sehari-hari pergi berulang, 
Serbat diisi dalam cawan;
Mengenang sahabat jauh di seberang, 
Lautnya luas memisahkan badan.

(siapa lah yang sedang dikenang ni? tiada kaitan! )

Tanam ubi di tepi tebat,

     Orang menjala di Kampung Ulu;

Hidup mati bersama sahabat,
     Sahabat setia menudung malu.


(okey, yang ini sangat terkesan)




(p/s: sungguh susah menaip post ini, hakikatnya begini, susahnya menjadi serius~)



[ Read More ]

SEGALA PUJI BAGI ALLAH.


sekadar hiasan

Cukup ini sahaja untuk permulaan. masih memikirkan tema bagi blog ini.

[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...