" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~

Segala Puji Bagi Allah.




Selamat datang ke bulan Zulhijjah. Ada apa pada bulan ini?

"Dapat balik kampung"

"Dapat makan daging"

"Hujung-hujung bulan ni, untung-untung dapat la makan kurma ajwa, dengan dapat tasbih dari Mekah.Pak sedara aku pergi haji tahun ni"


Dah? itu saja?

"dah, pastu balik kampus ada mid sem"sambil memicit-micit dahi.
Dunia.
                                                                   ********

Dibanding dengan Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji lebih banyak kisahnya.

Daripada sekalian cerita yang ada sempena Aidiladha, sangatlah ingin mengaitkan dengan cerita Siti Hajar dan telaga zam-zam. 

Apakah hikmahnya sai''e. Mengapa Allah membiarkan Siti Hajar perlu berulang alik sebanyak tujuh kali baru Allah pancarkan air zam-zam.
dan lebih menakjubkan ianya kekal sehingga hari ini. Kenapa telaga zam-zam itu kekal sehingga sekarang? Apa fiqh sirahnya di sebalik kisah ini?

Supaya kita yang minum air zam-zam ini ingat, bukan mudah-mudah air ni boleh keluar begitu sahaja. Semuanya atas jalan mujahadah dan pengorbanan. 

Begitu juga dengan agama. Agama tidak dapat tertegak tanpa pengorbanan. Mujahadah. Tiada jalan pintas.

Teringat kisah seorang sahabat nabi, bertanya bila penganut Islam diseksa oleh kafir Quraisy. Mengapakah nabi yang bergelar kekasih Allah tidak berdoa dan meminta pertolongan suapaya Islam menang dengan mudah?

Kerana agama memerlukan pengorbanan. Ia tertegak dengan pengorbanan. Ikut cara nabi untuk tegakkan agama, step by step, Insya Allah berjaya. 

sangat terkesan bila ada yang berkata, nabi tak pernah buka kaunter "siapa nak masuk Islam, meh isi borang." tiada.  melainkan nabi mendekati hati-hati mereka. Ketuk pintu rumah ke satu rumah yang lain. Pernah terfikir, kenapa usaha kita terhadap agama tak berkesan? sebab tak ikut cara nabi yang membutuhkan pengorbanan. Allah..

Sehingga umur kita sekarang, jika esok ajal sudah tiba, cuba fikirkan, Apa yang kita nak sembahkan pada Allah, untuk agama-Nya?

Saya terus cuba memaknakan Aidiladha bukan sekadar seronok makan daging. Mohon Allah mudahkan kita semua.


p/s: suka lagi raya haji, sebab dapat takbir lebih dari sehari.
[ Read More ]

segala puji bagi Allah

Sedang sibuk mengulit buku, tiba-tiba si Abang sibuk menarik-narik tangan

"acik jom la sini.."

"Nak buat apa?"

"Jom la..." dah dia tarik lagi kuat.

"Mohd nak apa?"

"Ada lah tu,dia nak benda yang dia tak tahu namanya, tu pasal dia tarik tangan awak" ibunya menerangkan. Saya mengangkat kening. Jangan kau mintak yang tidak-tidak sudah. Saya menurut desakannya

"Acik, jomlah buat ni.." dia menarik sekotak warna air. Oh.. ini ke..


"Namanya water color" ajar saya. Hm, lama juga saya tidak mewarna. Bagus juga. Mewarna baik untuk tumbesaran minda kanak-kanak.

"Pergi ambil air dalam cawan kat dapur" suruh saya pada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu. dengan riangnya dia berlari ke dapur, melaung pada ibunya, "Umi.. nak air..." haih. orang suruh dia, dia suruh orang lain pula.

Lalu di tengah-tengah rumah kami membentang kertas lukisan.Memicit tiub-tiub warna. Melakar-lakar tak keruan tujuan. Pengajaran mengajar kanak-kanak. Mereka lebih cenderung meniru daripada mendengar.Lebih sejam kami bermanin warna.

Satu-satu tiub warna dipicit. Lantai rumah dah terpalit pelbagai warna. Biarlah. Biar anak ini menikmati dan 'menjelajahi' dunia ini. 

"jangan guna warna hitam!" dah terlambat! lukisan yang tadi warna-warni berbelang selang seli dengan warna warni sudah terpalit dengan warna hitam. Ah! Kalau mengikut peraturan lukisan air, dua warna yang diharamkan dalm penghasilan lukisan. putih dan hitam. Apa boleh buat. sukatikaula!

 Lalu.. "okey.. dah siap"

Lakaran tidak keruan ditayang. Mungkin Van Gough saja yang boleh memaknakan lukisan ini. Abstrak. Terlampau rumit untuk difahami. Ahah!


Disebabakan saya pun sudah lama tidak menyentuh warna-warna itu, rasanya inilah masanya untuk membayar semula rasa ingin bermain dengan warna yang terkekang dek timbunan esaimen segala suatu ketika dahulu. Mengalahkan di pengajak tadi. Beriya melebih!


Done!

Pada mulanya saya mahu meniru satu lukisan lain. Namun kemudiannya terfikir. Bebaskan dirimu! lalu inilah carikan tiada perancangan. Hanya mengikut gerak jari. sesuka hati. 



[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...