" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~

Sebiru langit III


SEGALA PUJI BAGI ALLAH

LALU INI SAMBUNGANNYA.
Perjalanan kita masih jauh..




“Kau baca apa?”Tanya Fia. Menjenguk pada akhbar ditangannya.

“Nih, pasal buang bayi, sedih tau..” dia menunjuk pada berita tersebut.

“Inilah padahnya kalau kita tak menjaga hubungan lelaki dan perempuan. Dosa lain akan berterusan” Najwa mengangguk dengan kata-kata Fia. Hubungan sosial tak jaga.

“Tapi kan, bukan zina itu saja yang kita perlu elakkan, ada banyak lagi bentuk hubungan yang boleh 
dikategorikan sebagai zina” kata Fia sambil memandang wajah Najwa yang kini berkerut.

“Contohnya?”

“Contohnya, dalam satu hadis ni,Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

“Banyak tak faham la, macam mana dikatakan zina telinga, hati tu?” Tanya Najwa telus.

“Contohnya, bila kita bercakap dengan lelaki, nak tau tak? Lelaki bukan boleh dengar suara perempuan yang lembut-lembut, dia boleh terangsang. Sebab itu, kita kalau cakap dengan lelaki, jaga suara,keraskan sikit, macam dalam Al Quran kata..pinjam tafsir kejap?”Najwa mencapai Tafsir berwarna ungu di tepi mejanya.

 Sejak dia bersama Fia,kitab itu sering berada dekat dengannya.

“ Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya berkeinginan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)"
 (Al-Ahzab : 32)

Najwa mengangguk mendengar kata-katanya.

“Kalau zina hati?”Najwa bertanya lagi. Baru ini dia tahu ada istilah zina hati.

“Zina hati tu, kita tak nampak dia, tapi kita bayangkan dia, pastu, dah rindu-rindu pulak dekat dia. Memanglah kita tak buat apa pun.tapi itulah zina hati”

“Pastu camana nak elak?”  tekun Najwa bertanya. Ingin mengetahui lebih lanjut.

“Kalau kita memang kena bercakap dengan lelaki, pastikan atas sebab-sebab penting sahaja. Cakap yang penting. Dan jangan meleret-leret.” Najwa termenung mendengar kata-kata Fia itu.

“So, memang tak boleh sembang la ngan budak lelaki ni?” Tanya Najwa lagi.
Fia dengan sabar menjawab soalan telus Najwa.

“Boleh, tapi hal penting je, sebab kalau kita melebih-lebih, mesti ada yang terlepas dari kawalan hati. Hati kita ni, kan macam buih masa air menggelegak. Kejap je boleh berubah, lemah. Dan syaitan itu ada saja, menyelit cari peluang”


Najwa termenung di akhir ayat Fia itu. Fia tersenyum, dia memeluk bahu Najwa disisinya.

“Wawa. Aku mintak maaf, tadi sebenarnya aku nak guna YM, pastu, aku terbaca chat kau dengan Kamil.”

Najwa memandangnya. Dia tiba-tiba rasa malu. Tapi.. Aku ada cakap yang pelik-pelik ke dengan Kamil tadi?

“aku  terbaca.. sorry,.” Raut wajah Fia  begitu bersalah. Dia menegaskan suku kata ‘ter’ itu.

“Tapi Wawa, inilah dikatakan zina hati. Ikhtilat. Hati kita akan terusik juga dengan kata-kata lelaki walaupun kita nak kata dia kawan je” Fia berkata apabila Najwa hanya diam. Betullah. Bukankah dia berasa terawang-awang dengan kata-kata Kamil tadi?

“Tapi, kau tengok kan? Dia bukan sembang kosong dengan aku, aku kesian kat dia, tak de siapa nak rujuk bab-bab  agama ni..,” kata Najwa lagi. nak harap mak ayah dia? Kan mereka pun sibuk dengan hal cerai mereka? Anak-anak jadi mangsa.

“Banyak lagi orang yang boleh bimbing dia. Dia yang kena cari. Ini salah satu tipu daya syaitan Wawa..” luah Fia lagi. dia berharap sangat Fia faham.
Najwa mengangguk. Memang pun . bukankah tadi, dia pun sudah terbuai dengan kata-kata Kamil?
“Apa aku perlu buat Fia?”

                                                            **********
Susahnya mahu menjaga hati.. dia sudah baca emel yang diberi Fia. Mengenai ikhtilat. Dia rasa betul-betul rasa macam kena tampar membaca artikel itu. betullah dia tidak menjaga pun hal ikhtilat. Mana mungkin zina itu berlaku tiba-tiba. Pasti bermula dengan kawan kemudian menjadi kekasih, setelah kenal lama.dan kawan itu jugalah yang menjadi alasannya.
Makan bersama lelaki kerana itu hanyalah ‘kawan-kawan’. Ber-chating dengan lelaki atau SMS  dengan mereka walau tiada sebab penting biasa dilakukan.
Baru semalam dia membuat langkah pertama,atas nasihat Fia juga. nama Kamil diklik pada senarai contact YM nya.

Wawajua:Assalamu’alaikum...
Kame_kame:Wa’alaikumussalam., pekaba?

Wawajua: Sihat je, Alhamdulillah.Wei, try baca artikel ni. pasal Ikhtilat

Najwa menghantar link mengenai ikhtilat itu. 

Kame_kame: Ikhtilat? Apa tu?
Wawajua:Baca la dulu.

Kamil tidak lagi membalas mesej. 10 minit berlalu.

Kame_kame: Dah baca.
Wawajua: Faham?

Kame_kame: Faham la juga. Ikhtilat ni percampuran antara lelaki dan perempuan. Dalam Islam pergaulan ini ada batas-batasnya.

Wawajua:Betul tu. Lelaki dan perempuan tidak patut berhubung melainkan ada hal yang benar-benar  perlu. Kebersihan hati perlu dijaga. Em, kita tak sesuai nak berbincang-bincang banyak, sebab kita bukan mahram. Susah nak jaga hati.

Kame_kame: Jadi? Lepas ni aku tak boleh contact kau lagi? Pada siapa Aku nak tanya hal-hal agama lagi? Selama ni kau dah banyak ajar aku macam-macam.

Wawajua: aku ada kawan usrah bahagian lelaki. Kalau kau betul-betul perlukan bimbingan, kau contact dia. Insya-Allah dia boleh membimbing kau dengan lebih baik.

kame_kame: oh? Ok
Wawajua: Nanti aku hantar SMS.

Kame_kame: kita memang tak bleh contact lagi dah ke??
Wawajua: macam tulah kira-kiranya. Maaf ye

Lalu perbualan ditamatkan. Namun dia yang merasakan semuanya telah berakhir, rupa-rupanya langkah sebenarnya baru bermula. Malam itu contohnya. Dia rasa begitu pelik dan sunyi.
Baru dia sedar, apakah perubahan hari itu. Kamil tidak lagi mem BUZZnya. Kamil memang suka mengacaunya. Kadang-kadang tiada sebab pun, tapi Kamil sengaja mengusiknya dengan tiba-tiba mengejutkannya dengan BUZZ itu.
Dan dia merasa kehilangan. Rasa apakah ini? Sakit tapi dia tak mahu layankan.
Memang benar. Dia merasakan sesuatu bila bersembang dengan Kamil. Rasa gembira dan bahagia berbunga-bunga dihatinya. Huh!

 Walaupun Kamil bukanlah satu kelas dengannya, namun sering saja ada subjek yang sama mereka perlu ambil. Dan pastilah mereka sering terserempak. Dan saat itulah dia tidak tahu, harus apa yang perlu dilakukan? buat-buat tak kenal? walhal hatinya menjerit untuk menegur Kamil. Lidahnya memang ingin benar  bersembang dengan Kamil lagi. dia rindukan usikan dan tawa Kamil.
                                                            *********
“Assalamualaikum.. atuk.. o..atuk…!” suara Fia meniru suara Upin ipin mengejutkannya dari lamunannya.
“Waalaikum salam ipin baru sampai?” Tanya Najwa sambil tersenyum.
“Ipin dah lama sampai, atuk tu yang tak sedar, entah dah sampai planet mana ntah, teringat tok wan ke?” kata Fia meneruskan ‘lakonan’ cucu-atuk itu,sambil duduk di birai katil Najwa.

“Kau fikir apa, sampai aku masuk tak sedar?”

Najwa hanya menggeleng. Masuk hari ini, dia sedar, sudah 3 bulan selepas dia membuat keputusan menjauhi Kamil. Dia merasakan hatinya cukup kuat, namun bila dia ditakdirkan sekumplan lagi dengan Kamil, dia mula faham, hatinya rapuh bak sayap kupu-kupu,indah dipandangan, namun nipis dan mudah terlerai,andai tersentuh.

“Tadi aku jalan-jalan kat festival kolej, nampak tudung lawa-lawa..tergoda aku” kata Fia sambil mengeluarkan isi perut plastic bag yang dipegag sejak tadi.

“Teringat kat kau yang suka warna ungu, dan ini untuk kau. tambah koleksi ye?” Fia menghulur tudung itu. dia perasan, Najwa tak punya banyak tudung labuh begini. Maklumlah, baru beberapa bulan Najwa berubah. Namun puas ditekankan pada Najwa, perubahan fizikal bukan yang utama,yang penting kefahaman. Dia berharap sangat Najwa faham. Perubahan fizikal bukan KPI sesuatu perubahan ke arah pembaikan. Ia cuma kesinambungan dari perubahan yang bermula dari dalam hati dan cara pemikiran.

“Terima kasih Fia, susah-susah je kau ni..” membelek tudung bersaiz 60 inci itu. cantik sekali.
“Tak de susahnya..Cuma payah je..”ketawa mereka pecah bersama di situ.
“Dah, jangan sedih-sedih. Aku nampak kau kat library tadi.” Fia menerka sebab sahabatnya itu bermuka mendung bagai setahun tak hujan.
Pasti Fia nampak dia duduk semeja dengan Kamil lagi.

 “Aku rasa macam tak mampu Fia, sejak dua menjak ni, makin banyak ujiannya.” 


bersambung lagi?(senyum)

One Response so far.

  1. Afiqahai says:

    pernah merasai situasi yang dialami oleh najwa tu.
    sangat susah nak istiqamah dlm berubah.. wuuu~

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...