" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~

Sila naik-tarikh(update)

Menyebut perkara mahasiswa cakna isu.

Apa isu sekarang?

Sangat hangat ialah isu perhimpunan aman menuntut hak keadilan di negara sendiri. Hadam sudah ,walaupun kaki tak menyentuh  pun kerikil jalan tersebut pada hari kejadian.

lagi?

Mahasiswa yang menuntut kemerdekaan dari belenggu 'PTPTN'.

Pun. Serupa.


Isu LGBT.

Yang dipandang remeh oleh sesetengah individu dan kelompok. secara jujurnya sedih bila masalah ini dipandang remeh. Realitinya didengar dengan gegendang telinga sendiri "mereka sedikit, mereka kecil, relakslah,"

dan paling terbaru: isu 'biru-membiru' atau pornografi 'halal' di tabloid negara yang menyatakan pada perlembagaannya ISLAM adalah agama persekutuan.

Jadi?

Adakah sekadar menaik-tarikh saja isu-isu ini, kemudian?
Saya sering tertanya-tanya, adakah benar-benar saya berperanan dalam memperbaiki nasib umat sekarang?

adakah benar-benar saya membawa tag manusia bertanggungjawab atas agamanya?

Apa sebenar-benar solusi semua masalah manusia ini? Kebanyakan kita suka menyukat hasil berbanding menyukat usaha. (sayalah tu)

Rasanya, muhasabah perlu dilakukan. Kitalah yang menyumbang kepada masalah umat. Kita rasa sudah sibuk betul dengan usaha kita, rasa sudah betul-betul buat kerja. Tetapi, sedikit tempias pada umat, tak kelihatan.

Marilah,  wahai diri, periksa kembali, berapa lama menghadap web menghadam isu, berbanding menelaah lembaran Al-Qur'an?Apatah lagi menghafalnya? Benarkah Khusyuk dalam solat telah dicapai? benarkah zikir harian sudah tertunai?  kita hendak menghadapi umat yang punya pelbagai masalah, lalu, pertama sekali kuatkanlah diri!

Terkadang terfikir, apa perlunya aku peduli dengan semua ini, diri sendiri terkadang terabai, apakan lagi mahu menyelami masalah orang lain?

Lalu, satu suara terngiang. pernah memasuki corong telinga satu ketika dahulu.

"benarkah engkau umat muhammad? benarkah  engkau mengaku engkau pengikut Rasul? Amalan sunnah paling besar adalah sejauh mana kita menjadiakn risau bimbang nabi, menjadi risau bimbang kita juga? sejauh mana tangis tugas nabi, menjadi tangis tugas kita juga. sejauh mana kita memikirkan supaya umat terakhir yang lahir di dunia ini dapat mengucap kalimah Lailahaillallah.."


Allah.. rasa macam kerdil sungguh.

Mampukah aku? sebenarnya kita tidak punya pilihan untuk berkata 'Tidak' untuk tugas ini. tugas nabi kita adalah tugas kita.

Nampaknya enri ini sudah bengkakng bengkok, tak tetap tujuan. baklah, bagi selesaikan masalah ibadah dan cakna. apa-apa pun didunia ini,tawazun penting. keseimbangan. wasatiyyah. baiklah, sebelum lebih tidak fokus, moleklah diakhiri tulisan ini.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...