" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~

Masalah adalah fitrah

Segala puji bagi Allah.


rasanya seperti mahu menaip juga, sekalipun masa dan tugasan menghimpit. sekadar ingin berkongsi dan tersenyum di blog yang sudah lama terbiar.


Saya boleh jamin, sesiapa yang baca post ini, ternyata semua pasti dan pasti ada masalah. kan?


Masalah itu hakikatnya adalah petunjuk bahawa,kau adalah manusia. Manusia yang mempunyai fitrah. Fitrah manusia itu adalah bersifat-mempunyai masalah. jadi sekarang, ayuh ramai-ramai mengucap hamdalah, kerana kita ini, masih bergelar manusia. Kerana banyak orang di luar sana, kini sudah hilang tag 'manusia' dalam diri mereka.


Iya, sehinggakan tak tahu, diri bermasalah, dan tak pernah sedar, yang jiwanya telah memberi masalah pada jiwa lainnya.


Fitrah bukan datang untuk menghukum. ternyata fitrah itu datang sebagai ujian. Ujian sebagai hambaNya.


Tak faham? marilah beri contoh.




Manusia itu sifatnya suka kepada dunia. itu fitrah.


manusia itu fitrahnya ada sifat cinta. Cinta sehingga membuatkan kita panasaran.(baik, kenyataan ini terkecuali dari golongan LGBT yang terang-terangan tidak termasuk dalam maksud FITRAH)


Namun itu adalah ujian buat kita yang mengaku hamba.Pernahkah merasai satu situasi, yang mana masalah bertimpa-timpa?


sehingga kau lelah, dan satu hari kau bangun pagi, lalu terus mengandai-andai 'ujian apa pula hari ini?'  Lalu benarlah hari itu, masalah muncul dan kau segera berkata 'oh, ini masalah aku untuk hari ini. baik esok apa pula?


Kenapa. kenapa ujian itu terus-terusan, bertali-tali menimpa aku? Mungkin itu soalan kau.


Satu saya mahu kongsikan, selagi mana kita tidak melepasi satu peringkat, selagi itulah Allah akan menguji kita. bila ujian itu seperti titis-titis hujan menimpa mu, tak berhenti. lalu, kaulah yang harus berhenti. berhenti dan berkontemplasi, yakni muhasabah diri.


Lalu, bila kau hadapi masalah, siapa yang pertama-tama kau hadapi? pada siapa yang pertama-tama kau beritahu? siapa?


"Hello, abah,duit ptptn tak masuk lagi" -beritahu kita pada ayah kita.


"Wei, ada kerja kosong tak kat kedai kau?" -kata kita pada sahabat kita


"You, sorrylah, I tak dapat belanja you," -adu kita pada si'dia'


sambil fikir-fikir, siapa lagi yang boleh tolong kau.


Tak.. tak..


Ingat tak ayat ni : HANYA Engkau tempat aku sembah HANYA Engkau tempat aku minta pertolongan


ingat? inikan surah fatihah ayat 5.


Makanya, ujian itu dihadirkan untukmu bagi melihat sejauh mana ayat ini kau hadamkan. sejauh mana kebergantunganmu  pada Pemberi masalah, Dan Pelerai masalah.


bukanlah bermakna tak boleh mengadu pada makhluk. tapi pertama dan HANYA Yang pertama layak mendengar masalah kamu adalah ALLAH jua.


Jadi, rasa tak tahan dengan ujian yang banyak? Ajukan pada Allah. tidak hari ini, esok masalahmu selesai. Atau ia disimpan untuk saham akhiratmu.


 Jika tidak selesai, kau akan kelegaan.


dan hei, ingat tak cerita Abu Bakar yang membaca Hamdalah tiap kali ujian turun padanya. kerana katanya "Aku takut tanpa ujian, tandanya aku bukan lagi dalam pandanganNya"

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...