Segala puji bagi Allah
hari ini hendak sembang topik ringan
(macamlah sebelum ni berat)
Melihat hasil lukisan di devianart,
saya lihat mereka punya hasil seni sangat cantik
namun bila dilihat disebalik tabir,
rupanya menggunakan alat dan software
memanglah cantik.
mereka gunakan tablet!
saya syak lukisan di bawah ini pun guna tablet juga.

begitu juga dengan yang ini.ini memang diakui menggunakan tablet Bukan spekulasi

jadi?
tiba-tiba entah apa yang mencucuk jiwa
saya bercita-cita
dan membayangkan untuk memiliki ia juga!
![]() |
| barang tak mampu-milik maaf,merepek sikit tapi sekadar nak beritahu zaman sekarang nak lakukan apa pun ada yang meudahkan cara dan kerja cuma mahu atau tak mahu mampu atau tidak mampu, erk? |
setelah kerja-kerja pembinaan dan penambah-baikan
selama beberapa hari (lebih rasanya)
barulah berani
menguar-uarkan blog ini
secara rasminya..
penambah baikan
cuba dilakukan SECARA BERKALA
seiring dengan
seiring dengan
penambahan post-post..
INSYA ALLAH
ringankan lah jari untuk tinggalkan komen ya?
SEGALA PUJI BAGI ALLAH
Maaf kalau tulisan tak berapa nampak.
ini memang kerja tanpa pengalaman
dilukis entah bila tak ingat dah
KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN
nantikan sambungnnya!!
EH?
MAAF.
TIADA POST LAGI.
INI AZAM. HENDAK TULIS PUISI.
BOLEHKAH??
ER...
DOAKAN SAYA BOLEH BUAT!
DOAKAN SAYA BOLEH BUAT!
SEGALA PUJI BAGI ALLAH
lagi-lagi exam!
disebabkan beberapa perkara, sengaja tidak mahu
membebel panjang
sila klik sini
sangat berguna
dan lukisan pun sangat cantik!
SEGALA PUJI BAGI ALLAH
kita selalu cuak
dan berasa sentiasa tidak cukup menelaah sebelum masuk dewan peperiksaan
tapi pernahkah kita berasa tidak cukup
untuk peperiksaan yang bakal kita hadapi
'disana' nanti?
walhal tarikh 'peperiksaan' itu
tertakluk kepada terma dan syarat DariNya
yang sepastinya kita tidak ketahui
boleh jadi esok
boleh jadi sesaat nanti
boleh jadi
selepas kamu mengerlipkan matamu sekejap nanti!
lalu periksalah dirimu!
kali ini tiada pantun
tapi tertarik dengan madah Melayu ini
Biar titik,
jangan tumpah.
jangan tumpah.
maksudnya? cari di DBP
(senyum)
peringatan diri: ada satu lagi paper untuk kamu, jangan buat-buat demensia
Segala puji bagi ALLAH..
kali ini, ia bukan titisan dakwat
kerana tiada setitis dakwat pun digunakan.
oh, lupa..ada, sikit saja
yang banyak adalah titisan peluh
sebelum terus merepek,
sila layan gambar di bawah
till Jannah versi 1
till Jannah versi2
dari banyak-banyak imej disitu
paling mahal ialah
watermark itu
(jangan sesiapa muntah~)
oh?
tak mahu ulas sikitkah wallpaper itu??
baik. buat pertama kali ini, tak mahu membebel panjang.
Pernahkah anda fikir, sejak dari dulu....sejak dari tadika, berapa ramai orang yang kita jadikan sebagai sahabat, kawan teman, tomodachi.. er.. dan semakna dengannya.
mari kita putar kembali ingatan masa kecil-kecil dulu, sehingga sekarang. mungkin anda tak perlu pun berfikir lama, sebab dah dapat kesan pun sahabat-sahabat anda dengan adanya facebook. kan?
Tapi, cuba anda fikir, dalam ramai-ramai itu, satu demi satu bakal dan sudah anda tinggalkan, (kerana lumrah alami, manusia meninggalkan dan ditinggalkan), berapa ramaikah yang anda rasa masih dan tetap bersama anda? tetap berkongsi susah dan senang, berkongsi cerita..berapa ramai??
Dan mengapakah anda bersahabat dengan mereka ini? apakah yang menyebabkan anda bersahabat dengannya?
Hakikatnya, semua yang ada di dunia ini bersifat FANA, bersifat baharu, yang baharu pastinya akan bersifat lama. begitu juga dengan sahabat. Namun, hubungan yang tak akan mati adalah hubungan yang didasarkan dengan TAKWA dan IMAN.
Kita tak mahu bersahabat hanya di dunia, tapi baiarlah ia membawa sehingga ke syurga. Slogan friends forever, atau bersahabat selamanya perlu ditukar kepada, bersahabat sehingga ke syurga.
Kita tak mahu bersahabat hanya di dunia, tapi baiarlah ia membawa sehingga ke syurga. Slogan friends forever, atau bersahabat selamanya perlu ditukar kepada, bersahabat sehingga ke syurga.
Jika anda dan sahabat anda berkawan kerana sebab materi, yang bersifat konsumerisma,atau secara realitinya hidup di kampus, berkawan sebab
"dia pandai, senang nak tanya apa-apa, senang copy esaimen dia saja"
atau,
"dia baik dengan lecturer"
percayalah, ianya akan lapuk dek hujan, akan lekang dek panas,..
Lebih berkata pada diri sendiri. Ada beberapa tips yang diamalkan oleh sahabt nabi (radiallahu anhum), dalam berhubungan sesama sendiri
- menunaikan hak saudaranya tanpa menuntut haknya kembali
- menunaikan hajat saudaranya tanpa saudaranya SEMPAT memintanya
- bersangka baik, sehingga jika terdapat 99 kejahatan pada dirinya, carilah satu kebaikan padanya.
"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu Harun, saudaraku. Teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia,dan jadikanlah dia TEMAN dalam urusanku. Agar kami banyak BERTASBIH kepada -Mu. Sesungguhnya Engkau maha melihat keadaan kami"
(Surah Taha:29-31)
Ini janji saya, selepas habis membebel, saya akan akhiri dengan pantun lama..Yang selalunya diambil di DBP ayuh! menjadi pencinta bahasa..
Sehari-hari pergi berulang,
Serbat diisi dalam cawan;
Mengenang sahabat jauh di seberang,
Lautnya luas memisahkan badan.
(siapa lah yang sedang dikenang ni? tiada kaitan! )
Tanam ubi di tepi tebat,
Orang menjala di Kampung Ulu;
Hidup mati bersama sahabat,
Sahabat setia menudung malu.
(okey, yang ini sangat terkesan)
(p/s: sungguh susah menaip post ini, hakikatnya begini, susahnya menjadi serius~)
SEGALA PUJI BAGI ALLAH.
sekadar hiasan
Cukup ini sahaja untuk permulaan. masih memikirkan tema bagi blog ini.



















