Segala Puji Bagi Allah.
Selamat datang ke bulan Zulhijjah. Ada apa pada bulan ini?
"Dapat balik kampung"
"Dapat makan daging"
"Hujung-hujung bulan ni, untung-untung dapat la makan kurma ajwa, dengan dapat tasbih dari Mekah.Pak sedara aku pergi haji tahun ni"
Dah? itu saja?
"dah, pastu balik kampus ada mid sem"sambil memicit-micit dahi.
Dunia.
********
Dibanding dengan Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji lebih banyak kisahnya.
Daripada sekalian cerita yang ada sempena Aidiladha, sangatlah ingin mengaitkan dengan cerita Siti Hajar dan telaga zam-zam.
Apakah hikmahnya sai''e. Mengapa Allah membiarkan Siti Hajar perlu berulang alik sebanyak tujuh kali baru Allah pancarkan air zam-zam.
dan lebih menakjubkan ianya kekal sehingga hari ini. Kenapa telaga zam-zam itu kekal sehingga sekarang? Apa fiqh sirahnya di sebalik kisah ini?
Supaya kita yang minum air zam-zam ini ingat, bukan mudah-mudah air ni boleh keluar begitu sahaja. Semuanya atas jalan mujahadah dan pengorbanan.
Begitu juga dengan agama. Agama tidak dapat tertegak tanpa pengorbanan. Mujahadah. Tiada jalan pintas.
Teringat kisah seorang sahabat nabi, bertanya bila penganut Islam diseksa oleh kafir Quraisy. Mengapakah nabi yang bergelar kekasih Allah tidak berdoa dan meminta pertolongan suapaya Islam menang dengan mudah?
Kerana agama memerlukan pengorbanan. Ia tertegak dengan pengorbanan. Ikut cara nabi untuk tegakkan agama, step by step, Insya Allah berjaya.
sangat terkesan bila ada yang berkata, nabi tak pernah buka kaunter "siapa nak masuk Islam, meh isi borang." tiada. melainkan nabi mendekati hati-hati mereka. Ketuk pintu rumah ke satu rumah yang lain. Pernah terfikir, kenapa usaha kita terhadap agama tak berkesan? sebab tak ikut cara nabi yang membutuhkan pengorbanan. Allah..
Sehingga umur kita sekarang, jika esok ajal sudah tiba, cuba fikirkan, Apa yang kita nak sembahkan pada Allah, untuk agama-Nya?
Saya terus cuba memaknakan Aidiladha bukan sekadar seronok makan daging. Mohon Allah mudahkan kita semua.
p/s: suka lagi raya haji, sebab dapat takbir lebih dari sehari.
segala puji bagi Allah
Sedang sibuk mengulit buku, tiba-tiba si Abang sibuk menarik-narik tangan
"acik jom la sini.."
"Nak buat apa?"
"Jom la..." dah dia tarik lagi kuat.
"Mohd nak apa?"
"Ada lah tu,dia nak benda yang dia tak tahu namanya, tu pasal dia tarik tangan awak" ibunya menerangkan. Saya mengangkat kening. Jangan kau mintak yang tidak-tidak sudah. Saya menurut desakannya
"Acik, jomlah buat ni.." dia menarik sekotak warna air. Oh.. ini ke..
"Namanya water color" ajar saya. Hm, lama juga saya tidak mewarna. Bagus juga. Mewarna baik untuk tumbesaran minda kanak-kanak.
"Pergi ambil air dalam cawan kat dapur" suruh saya pada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu. dengan riangnya dia berlari ke dapur, melaung pada ibunya, "Umi.. nak air..." haih. orang suruh dia, dia suruh orang lain pula.
Lalu di tengah-tengah rumah kami membentang kertas lukisan.Memicit tiub-tiub warna. Melakar-lakar tak keruan tujuan. Pengajaran mengajar kanak-kanak. Mereka lebih cenderung meniru daripada mendengar.Lebih sejam kami bermanin warna.
Satu-satu tiub warna dipicit. Lantai rumah dah terpalit pelbagai warna. Biarlah. Biar anak ini menikmati dan 'menjelajahi' dunia ini.
"jangan guna warna hitam!" dah terlambat! lukisan yang tadi warna-warni berbelang selang seli dengan warna warni sudah terpalit dengan warna hitam. Ah! Kalau mengikut peraturan lukisan air, dua warna yang diharamkan dalm penghasilan lukisan. putih dan hitam. Apa boleh buat. sukatikaula!
Lalu.. "okey.. dah siap"
Lakaran tidak keruan ditayang. Mungkin Van Gough saja yang boleh memaknakan lukisan ini. Abstrak. Terlampau rumit untuk difahami. Ahah!
Disebabakan saya pun sudah lama tidak menyentuh warna-warna itu, rasanya inilah masanya untuk membayar semula rasa ingin bermain dengan warna yang terkekang dek timbunan esaimen segala suatu ketika dahulu. Mengalahkan di pengajak tadi. Beriya melebih!
Done!
Pada mulanya saya mahu meniru satu lukisan lain. Namun kemudiannya terfikir. Bebaskan dirimu! lalu inilah carikan tiada perancangan. Hanya mengikut gerak jari. sesuka hati.
Segala Pujia Bagi Allah. Salam Aidilfitri dan Merdeka.
Mendengar khutbah Jumaat semalam. Memang pada mulanya terasa berawangan. Namun isi khutbah itu ternyata mengesankan. Hari Jumaat bersamaan dengan Hari Ulang tahun Kemerdekaan.
Ayat Al-Qur'an yang dipetik membuat saya terpana. Mengapa saya tidak pernah terjumpa ayat ini selama baca ya?
Dan mata saya jadi terbuka. Jadi, sememangnya ada seruan mengenai hal ini? Tak sempat mencatit apa-apa, atau ayat dari surah mana-mana. saya cuba menghadamkan dengan sedaya upaya. Nanti saja saya tanyakan perincian ayat itu pada imam tersebut.Begitu saya fikir. Ya. Sememangnya ayat Qur'an.
saya tidak mahu menujukan ayat ini kepada sesiapa. Tapi ianya memang khas buat orang Islam dan beriman. Allah yang seru nama kita. Sila mengaku. dan sahut seruan Allah ini.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang-orang yang DI LUAR kalanganmu (seagamamu) sebagai teman kepercayaanmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya menyusahkan kamu. . Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh telah NYATA kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih JAHAT. Sungguh Kami telah terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu mengerti"
(Surah Ali Imran: 118)
Ya Allah. takutnya saya dengar ayat ini. Allah sudah nyatakan terang-terang, mereka kafirun ini JAHAT. Tak boleh buat kawan.Dan imam menyuruh kami menyemak semula siapa kawan kita? dengan siapa kita selalu berbicara? Siapa yang menjadi orang kepercayaan kita.
Khatib juga menambah dari surah yang sama ayat 28.
"Janganlah orang-orang berIMAN, menjadikan orang KAFIR sebagai pemimpin, melainkan orang beriman. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya dia TIDAK akan memperoleh APA PUN dari Allah, kecuali (siasat) menjaga diri kamu dari apa yang kamu takuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (seksa)-Nya. dan hanya kepada Allah tempat kamu kembali"
Tak boleh lantik pemimpin dari kalangan orang kafir. itu yang saya faham dari ayat itu. Rasanya ia bukan ayat mutasyabihat, kan?
Ayat yang dimulakan dengan JANGAN. Seram tak? dan di hujungnya diberikan amaran seksaNya.
Bila revise balik dengan imam yang baca khutbah, beliau kata (mafhum saja) "Banyak lagi ayat pasal ketua kafir dilarang Allah ni. Panjang pula khutbah nanti"
p/s : Nak tahu lebih lanjut, boleh jumpa beliau dekat Seri Petaling
[ Read More ]

Segala puji Bagi Allah
[ Read More ]
Ramadhan yang sibuk. Ramdhan yang berlaianan suasana sekitar dan keadaannya dari tahun-tahun lalu. Bagaimanapun saya sangat mengharapkan Allah selalu berikan peluang pada saya dan semua untuk terus dalam ketaatan terhadapNya biar di mana pun saya berada. di langit mana pun saya junjung tetaplah Ramdhan bulan yang tak menunggu sesiapa. tadi, pulang dari terawikh, terlihat bulan yang sudah 'mengecil' semula selepas dua hari lepas, cerah indah, sempurna bulatannya. Jadi, saya perlu sedar, dan jangan bertangguh kerana Ramadhan sudah separuh dilalui. Teruskan pecutan anda!
untuk dia yang 'merayu' post ini, sila komen. ok tak., tapi, silalah panjang-panjangkan kepada kawan-kawan anda di laman sosial.
(you know who are you, rite?)
sampai di sini saja.
Segala Puji Bagi Allah.
Sangat bahagia kerana dapat bersama insan tersayang dan tercomel. Semacam tak logis pada sesetengah orang, bila mana hampir satu bas saling mengenali sekalipun berlainan IPT. Ternyata ukhuwah tidak bersyarat. Hanya akidah menyatukan kami. ewah~
Sebenarnya kami sama-sama berjaulah, atau berkembara menjejak kembali jati diri dengan memahami sejarah di negeri maju negeriku sayang negeri berteknologi hijau.(slogan yang baru belajar guna bila masuk negeri bersejarah ini)
Awalnya, kami bersarapan di bawah lindungan awan, dan nyamannya angin pagi, baru saya perasan, ada pelangi menemani kami! wah sarapan paling hebat penah saya nikmati!
Ini bukanlah kali pertama saya menjejaki Melaka, dalam kata lain, melawat muzium-muzium tersebut. Tapi beza sungguh dengan zaman sekolah rendah dahulu kala. Ramai yang kata, muzium ini adalah 'kuburan yang menerima kunjungan terbuka' atau cerita fasal orang mati, fasal cerita lama. Sahabat, ini adalah kembara mengenal diri, jika kita tidak kenal diri, bagaimana kita mahu membina jati diri? Hei, siapa kamu? Kamu nak bekerja demi apa jika kamu tidak kenal diri?
Satu-demi satu caption gambar pada dinding muzium saya baca . lebih-lebih lagi dalam kapal portugis itu. sehingga masa untuk lawatan dua muzium habis saya guna hanya untuk satu tempat sahaja! Sepatutnya ini bukan program sehri, sepatutnya seminggu! Saya perlu mengaitkan apa yang saya lihat dengan info yang pernah saya dapat ketika zaman belajar sejarah 5 tahun lalu! yang belajar DEMI peperiksaan.
Baiklah, info yang baru diterima,
1) Melaka telah bermula empayarnya lebih awal dari catatan sejarah, jika sejarah mencatat kegemilangannya pada abad ke 15, sebenarnya dari abad ke 12 lagi ia telah gemilang. Dari fahaman yang dibaca, Melaka adalah satu misteri buat Eropah. Sehingga mereka terpaksa membuat satu misi besar ke Melaka, bila mana mereka sampai ke GOA dan mendapati ada pelabuhan hebat di nusantara? Mereka tak percaya ada yang lebih hebat dari mereka. Melayu? bangsa apa tu? Melayu ada empayar? Ada pelabuhan besar?
Istana Kesultanan Melaka
2) Hudud digunakan dalam sistem pemerintahan. Dalam balairung seri yang sedang bincang dan menempatkan orang-orang penting seperti gambar di bawah.
Encik berserban itu dilabel sebagai kadi. Perbincangan dalam balairung seri ini melibatkan mereka yang faham agama. Jelas undang-undang ISlam adalah sebagai undang-undang negara. sepatutnya Undang-undang Kanun Melaka bukan menjadi kitab kuno, artifak sejarah, bahkan ia digunakan sampai sekarang. barulah dapat mencontohi Empayar Melaka.
kenapa? sebab tahanan ini akan dibicarakan dan dikenakan hukuman hudud! tahanan ini biasanya yang melakukan onar yang besar seperti rogol, bunuh, mencuri. Ada maklumat yang sangat 'menyeronokkan'. Jika anda sedang dizalimi, seperti diperlakukan tidak senonoh, anda berhak membunuhnya di situ juga! anda tidak dikenakan hukuman, dan dengan bukti yang jelas. Wah! saya bermimpi berada di zaman itu. habis semua orang jahat di muka bumi ini.
3) Melaka ketika itu, sangatlah kaya. satu Kapal saja dikenakan bayaran mendarat berapa saya tak ingat, tetapi jmlahnya banyak. dan sehari Melaka menerima lebih 30 000 kapal yang berlabuh! sehingga dibayangkan oleh encik penerang itu, seorang kanak-kanak di melaka mempunyai seuncang duit emas di poket mereka. Wah! dan lebih menakjubkan kanak-kanak yang bermain teng-teng, perlukan batu bukan? dan 'batu' yang digunakan oleh mereka ialah syiling emas! aduhai..
4) Kapal Melayu Jong yang sangat unik pada pandangan saya ini rupanya memang hebat. Ia dikatakan lebih besar daripada Kapal Portugis. Bezanya dari kapal-kapal yang lain, adalah bentuknya yang separa bulat dan tidak berpetak-petak seperti kapal lain. fahamkah? tak faham? Abaikan. Kapal Melayu dibina tidak menggunakan paku. Ini yang dikatakan di KOMPAS. kalau kalian mahu tahu, memang kayu yang digunakan sangat terpilih. Ia dilenturkan dengan api, supaya melengkung, dan dengan kebijaksanaan Tukang Kapal dahlu, ia bersambung dengan tanggam yang telah dibentukkan. Saya dapat entah dari bacaan mana, sudah lupa, yang pasti ia sumber yang benar.
Rasanya banyak lagi 'untold story' yang dikongsikan, yang tiada dalam buku-buku sejarah.
kami diarahkan berkumpul pada jam 3.40 petang untuk bertolak ke Masjid Selat. Pada jam 3. 30 (jam saya) barulah saya dan sahabat habis solat dan makan tengah hari (yang mahal! rugi tak tanya orang Melaka mana tempat yang enak dan murah)
"Kita mesti naik!" ujar sahabat saya dengan bersemangat. Ya! mesti! Kamilah anak-anak yang degil, dan tidak mendengar kata. Bukit Melaka tempat asal Istana Melaka itu kami daki.
-Tangga yang menyaksikan kedegilan kami-
"Mana satu Gunung Ledang?" sambil merujuk kata-kata penganjur yang mengatakan Gunung Ledang boleh dilihat dari sini.
"Anggap sajalah apa yang kita lihat ini Gunung Ledang" ujar saya mudah. Alahai.. itulah, naik tanpa sesiapa yang boleh memberi penerangan.
-Membayangkan Istana Melaka dahulunya disini-
Yang menyedihkan kini, gereja terbina di tapak Istana melaka. ada plak-plak besar, yang tak ketahuan maksud di dinding-dinding gereja itu. Juga tempat berdoa yang harus melontarkan duit terlebih dahulu sebelum doa dilafazkan. Mungkin lagi besar duit, lagi cepat sampai ke langit? Sedihnya.. Rasanya mahu saja letak sign bord-
Gereja ini menyibuk di sini. Ini adalah bukti kekejaman barat yag merobohkan empayar Islam yang tidak pernah menganggu-gugat mereka, lalu bajet bagus bina gereja di tapak Istana Melaka yang berperanan menyebarkan Islam satu ketika dahulu. Dan percayalah, binaan ini diambil dari runtuhan Kota Melaka, dan keberkesanan teknologi Zaman kesultanan Melayu Melaka, atas sebab itu ia kekal hingga hari ini. Bukan kerana kebijaksanaan penjajah! sekian.Jam 3.50 baru kami turun. Minta maaf lah penganjur. dapat peserta nakal keras kepala. MAsjid selat nan indah kami kunjungi sebagai destinasi terakhir.
Bayu laut menyanyikan ukhuwah yang bertaut
Pengisian bagus. Sebenarnya saya menunggu cerita Hang Tuah yang digemburkan ketika promosi program. Tapi, tiada pula.Sebab saya ada beberapa persoalan yang ingin diutarakan berkenaan Hang Tuah. Tak mengapa. Saya ingin menulis kembali ayat yang dilkatakan oleh pengisi.
"Kita dapat Islam kerana susah payah orang lain, darah dan perngorbanan serta nyawa orang lain, kalau kita main-main dengan agama kita, kita mengkhianati perjuangan mereka"Oh, ya, saya mendapatkan 'secomel cenderahati' atas 'kejayaan' menjawab soalan kuiz yang Masya Allah! lagi susah dari soalan sejarah SPM yang lampau.
-comel, bukan?-
Antara soalan yang saya jawab salah ialah peristiwa luar biasa sebelum Melaka mendapat nama
Ini jawapan saya. Oh! kena tolak ke sungai kah?
soalan pertama sudah salah!
Saya ada satu nasihat buat guru-guru sejarah. Tak perlu lah bawa anak-anak murid kalian yang belajar dengan sistem 'hafal-dan-muntahkan-di dewan peperiksaan' untuk melawat muzium. Membazir masa. Mereka hanya akan bergambar dengan replika barang yang cantik dan menarik, sambil memandang kesan sejarah lain dengan sapaan mata tidak peduli. Jika mereka belajar dengan kesedaran, dan atas nikmat ilmu itu sendiri, barulah bawa muzium keliling dunia pun tak mengapa.
Baik sekian sahaja.
-entri yang sangat panjang ini, terpaksa diedit lebih dua kali-
Segala Puji Bagi Allah.
Ya, perpecahan akibat perbezaan fahaman, makin menjadi-jadi nampaknya.
caci mencaci, tuding menuding.
apakah ini?
sedangkan kita satu akidah, satu syahadah.
dan satu agama.
ISLAM.
pernahkah kau berfikir, siapa yang bergelak tawa antara cakaran kita?
siapakah yang memercikkan api, dan kitakah yang meniupnya?
BERSATULAH umat ISLAM.
blok-blok parti, blok-blok jemaah, dan segala batu penghalang, ayuhlah kita musnahkan.
bersatulah, di dalam satu SAF.
p/s:Terasa puas pula bila melihat ia berjaya disiapkan, dalam cuti-cuti yang tidak berapa nak panjang ni.
buat kali ini, rasanya terasa ingin menjadi telus.
rupanya. menunaikan amanah, lebih mudah berbanding melepaskan amanah. rasa itu teruk sekali. dengan kekangan masa yang menghimpit, terasa langit dan bumi bagai bertaut. mampukah, sempatkah aku, melepaskannya sehingga mereka faham?
namun satu nasihat yang seakan melempang.
Tsiqqah.
Tsiqqah bukan hanya kepada amir. tetapi juga kepada jundi dan rakan seperjuangan. jadi,percaya pada jundi itu sangat perlu. Ya, salah sendiri juga, sebelum ini, syok buat kerja sendiri, tak mahu berjalan seiring, bila jadi begini, tak terkejar dek kaki.
dan muhasabah terus-menerus dilakukan. salah ramai, terlihat, sedang tahi mata sendiri tak pernah terperasan. lalu, sejak dua menjak ini, menjadi sensitif dari biasa. hanya satu ayat, buat hati tersayat. haih~ kamusudahkenapa.baru sekali tertembus peluru hingga ke balik hati, sudah teraa dunia sempit. dan sekali lagi termuhasabah. lain kali nak menulis, atau menaip, fikir-fikirlah dahulu, rasanya sudah tahu, ramai bakal terusik dengan kata-kata itu, perkataan itu, kamu tulis, dan katakan juga.
"penat dah berlapang dada. penat sudah menjaga hati"
ya, dengan ayat itu, saya maju, dan tolak tepi asal kerja menjadi. bagaimanapun teringat lagi kisah nabi. Syura, meraikan, adalah akhlak nabi. pernahkan mendengar Nabi mengunyah limau perit-masam sambil tersenyum dihdapan yahudi?
lalu saya bukanlah dia yang mampu tersenyum saat bila kerja tak terbela. oh! maafkan daku Tuhan. ya, dalam saya mahu telus, saya pasti ada hati tertembus. Untuk itu, saya meminta maaf kepada seluruh isi dunia..