" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~

[ Read More ]


[ Read More ]

Segala puji bagi Allah.


rasanya seperti mahu menaip juga, sekalipun masa dan tugasan menghimpit. sekadar ingin berkongsi dan tersenyum di blog yang sudah lama terbiar.


Saya boleh jamin, sesiapa yang baca post ini, ternyata semua pasti dan pasti ada masalah. kan?


Masalah itu hakikatnya adalah petunjuk bahawa,kau adalah manusia. Manusia yang mempunyai fitrah. Fitrah manusia itu adalah bersifat-mempunyai masalah. jadi sekarang, ayuh ramai-ramai mengucap hamdalah, kerana kita ini, masih bergelar manusia. Kerana banyak orang di luar sana, kini sudah hilang tag 'manusia' dalam diri mereka.


Iya, sehinggakan tak tahu, diri bermasalah, dan tak pernah sedar, yang jiwanya telah memberi masalah pada jiwa lainnya.


Fitrah bukan datang untuk menghukum. ternyata fitrah itu datang sebagai ujian. Ujian sebagai hambaNya.


Tak faham? marilah beri contoh.




Manusia itu sifatnya suka kepada dunia. itu fitrah.


manusia itu fitrahnya ada sifat cinta. Cinta sehingga membuatkan kita panasaran.(baik, kenyataan ini terkecuali dari golongan LGBT yang terang-terangan tidak termasuk dalam maksud FITRAH)


Namun itu adalah ujian buat kita yang mengaku hamba.Pernahkah merasai satu situasi, yang mana masalah bertimpa-timpa?


sehingga kau lelah, dan satu hari kau bangun pagi, lalu terus mengandai-andai 'ujian apa pula hari ini?'  Lalu benarlah hari itu, masalah muncul dan kau segera berkata 'oh, ini masalah aku untuk hari ini. baik esok apa pula?


Kenapa. kenapa ujian itu terus-terusan, bertali-tali menimpa aku? Mungkin itu soalan kau.


Satu saya mahu kongsikan, selagi mana kita tidak melepasi satu peringkat, selagi itulah Allah akan menguji kita. bila ujian itu seperti titis-titis hujan menimpa mu, tak berhenti. lalu, kaulah yang harus berhenti. berhenti dan berkontemplasi, yakni muhasabah diri.


Lalu, bila kau hadapi masalah, siapa yang pertama-tama kau hadapi? pada siapa yang pertama-tama kau beritahu? siapa?


"Hello, abah,duit ptptn tak masuk lagi" -beritahu kita pada ayah kita.


"Wei, ada kerja kosong tak kat kedai kau?" -kata kita pada sahabat kita


"You, sorrylah, I tak dapat belanja you," -adu kita pada si'dia'


sambil fikir-fikir, siapa lagi yang boleh tolong kau.


Tak.. tak..


Ingat tak ayat ni : HANYA Engkau tempat aku sembah HANYA Engkau tempat aku minta pertolongan


ingat? inikan surah fatihah ayat 5.


Makanya, ujian itu dihadirkan untukmu bagi melihat sejauh mana ayat ini kau hadamkan. sejauh mana kebergantunganmu  pada Pemberi masalah, Dan Pelerai masalah.


bukanlah bermakna tak boleh mengadu pada makhluk. tapi pertama dan HANYA Yang pertama layak mendengar masalah kamu adalah ALLAH jua.


Jadi, rasa tak tahan dengan ujian yang banyak? Ajukan pada Allah. tidak hari ini, esok masalahmu selesai. Atau ia disimpan untuk saham akhiratmu.


 Jika tidak selesai, kau akan kelegaan.


dan hei, ingat tak cerita Abu Bakar yang membaca Hamdalah tiap kali ujian turun padanya. kerana katanya "Aku takut tanpa ujian, tandanya aku bukan lagi dalam pandanganNya"
[ Read More ]

 


Benarkah anda telah ditunaikan hak sebagai seorang manusia? dan benarkah hak anda sebagai manusia ditunaikan oleh Deklarasi Hak Asasi MAnusia?


Sejauh manakah deklarasi ini membela hak-hak manusia?
Lalu benarkah Hak Asasi Manusia ini bersifat kemanusiaan,dan selari dengan kemanusiaan dan fitrah manusia itu? 


persoalan lain, benarkah hak asasi ini selari dengan syariat ISLAM?





Adakah hak asasi yang diperjuangkan oleh SUHAKAM di Malaysia benar-benar membela manusia di Malaysia?


apakah sumber SUHAKAM dalam menghadapi satu-satu isu? seratus peratus mengikut DUHAM dari GENEVA? apakah kredibiliti mahkamah tergugat, atau sememangnya mahkamah dipasung oleh SUHAKAM? 


sejauh mana SUHAKAM berkuasa terhadap perundangan Persekutuan? 




Siapakah SUHAKAM ini?
bagaimana Panel mereka dilantik, apakah kayu ukur bagi melayakkan diri menjadi panel SUHAKAM? 


neuraon agak terlebih adrenalin, bila dengar, SUHAKAM ini dasar timbal baliknya terlalu kuat. Hal ini kerana kebanyakan panel atau kuasa panel dipegang oleh mereka yang sudah berusia. Jadi keinginan untuk 'bersentap' ini kurang. Jadi, seeloknya ada orang muda bersama mereka. 


dan terfikir, nak masuk itu lalui cara apa? melihat senarai panel pertama, ada bekas jurnalist yang jadi panel. sangat mengelirukan, apa ciri terbaik mahu jadi panel SUHAKAM ini?


mempertikai kredibiliti SUHAKAM kah? 


seakannya begitu, tapi ketahuilah, sebagai rakyat biasa, yang bukan pengulit buku perundangan, banyak sungguh maklumat yang tersekat dari pengetahuan kami ni..


jadi? siapa nak jawab soalan banyak nu?


nantikan APRIL ini..


ahah!


Tetapi, bila fikir balik, kita ini sibuk menyuruh orang lain menunaikan kita, tapi lihat pada sejarah sahabat nabi, mereka menunaikan  hak saudar mereka tanpa mereka menntut hak mereka kembali pun...
[ Read More ]

Semester baru dimulakan dengan pra-kuliah, jika saya boleh katakannya begitu. Pra-kuliah dari dari ilmuan dan ahli akademik. Jujur saya katakan, dua hari sebelum hadir ke KONVENSYEN FIQH UMMAH itu, saya rasa alahai, lemahnya mahu gerak awal dari kampung tercinta. Sudahlah cuti saya dipendekkan menjadi dua minggu lantaran menyelesaikan projek akhir..kena pula pulang awal. Dipujuk hati, saya mengambil semula kata-kata seorang tua, "sementara muda, sementara punya masa, ambillah, tuntutlah ilmu selama ada.."

 Namun bila selepas sehari bersama asatizah itu, terasa sedih untuk mengakhiri perbincangan yang bebas dari kibaran bendera parti, ketaksuban pada individu, dan meletakkan kecintaan pada ilmu di pasak utama. Keikhlasan mereka dalam memberi, meninggalkan kesan kepada kami pendengar. Benar, melangkah keluar PWTC malam Isnin itu, saya rasa berat sungguh hati ini. Dua hari bersama mereka rasa seolah ada keterikatan hati dengan mereka, tak puas mendengar mutiara ilmu dari ilmuan semua. 

sehingga pagi isnin itu saya bagun, dalam minda saya, tersebut Murjiah, Jabbariyah.. dan lain-lain istilah fiqh terngiang-ngiang di telinga saya. Oh! saya rindukan mereka! 

Saya percaya ramai yang tidak puas dengan 9 pembentangan kertas kerja di konvensyen itu. Iya, walaupun banyak juga istilah yang tidak semua difahami oleh kami si pengelek sains sejak kecil. tapi kami berusaha untuk memahami.

 sebagai pemuda yang selalu disinonimkan dengan bersemangat, ramai yang bangun tidak puas dengan perkataan Dr Maszlee Malik yang membentangkan Wasatiyyah dalam politik. Bagi saya ideanya   dengan politik baru dan gelombang ketiga itu sangat relevan. Politik dengan berasaskan adil, ukhuwah dan akhlak. Kelihatanny sangat idealistik, dan beliau berucap dengan penuh kekecewaan pada politik sekarang. dengan melabelkan kami sebagai majoriti golongan senyap yang bosan dengan politik fitnah dan mengkafiri sesama sendiri, mengajak kami berfikir. politik Malaysia bukan hanya ada dua, bulan dan biru. fahaman dan pandangan masyarakat bukan hanya ada dua itu. bagaimanapun politik yang dicadangkan oleh Dr MAszlee ini pandangan saya sukar direalisasikan, memandangkan ilmu dan kesedaran untuk menghilangkan ketaksuban kepartian di kalangan rakyat Malaysia  masih belum dapat dicapai. 

Saya percaya ramai di luar sana bosan dengan kerenah politik sekarang bertindak dengan memperdiar segalanya yang berkaitan politik. Sehingga saya terjumpa ada seorang penutut dalam bidang sejarah merungut bila diminta membuat dan mengkaji mengenai politik Malaysia.

 "Saya ambil sejarah, mengapa perlu selak mengenai politik? politik-politik ni.. tak suka lah.."

Saya menyimpan senyum. Begitu sekali mereka membenci politik saya rasa jika politik itu adalah satu susuk tubuh, nyata dirinya yang naif dan suci itu telah dipakaikan dengan warna-warna kotor sehingga cerminan sebenar politik itu menjadi celaru. 

Bila ditanya "pada siapa undi kita?"

Dr maszlee menjawab, politik malaysia belum layak dilabel politik demokrasi selagi keadilan dalam media tidak dicapai, dan kedua pemimpin tidak menunjukkan kejantanan masing-masing, masuk ke padang perdebatan. Saya masih mengkaji dengan perdebatan inikah, rakyat boleh menilai seadilnya keupayaan pemimpin mereka. 

oh! saya tak berhasrat untuk menyambung master dalam politik, setelah semalam sebelum pulang saya sengaja berkata pada umi.
"saya hendak menyambung master dalam sastera"
"tulis dulu sebuah novel" kata-kata umi buat saya terkedu (hamek kau!) 
inikan pula mahu belajar politik. mahu umi kata "belajar dulu mendidik emosi"



baik. semester akhir buat saya. semoga lebih baik dan dewasa. 
[ Read More ]

[ Read More ]

Segala Puji Bagi Allah

Dah 2012!!
Jerit hati saya
Bila bangun pagi tadi

Dan ada lawak sahabat-sahabat bila malam tadi sebenarnya tidur lewat.

"Kamu berjaga malam ini lama, sampai tahun depan!" 

Azam?
Azam ya, bukan terpendam.
Jika anda ada azam yang besar, nampak macam susah nak capai, mulakan dari langkah kecil.

contohnya..


Maafkan orang!
Nampak macam senang. Katakan saja..
"ya, saya maafkan awak"

Tapi, hati?
Berat dan sakit.
Pergilah periksa hati.
Sekian.
[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...