Segala Puji Bagi Allah
Dah 2012!!
Jerit hati saya
Bila bangun pagi tadi
Dan ada lawak sahabat-sahabat bila malam tadi sebenarnya tidur lewat.
"Kamu berjaga malam ini lama, sampai tahun depan!"
Azam?
Azam ya, bukan terpendam.
Jika anda ada azam yang besar, nampak macam susah nak capai, mulakan dari langkah kecil.
contohnya..
Maafkan orang!
Nampak macam senang. Katakan saja..
"ya, saya maafkan awak"
Tapi, hati?
Berat dan sakit.
Pergilah periksa hati.
Sekian.
Segala puji Bagi Allah
Untuk sekian kalinya, setelah diasak oleh seorang yang sebenarnya berniat baik, saya kongsikan juga cerpen yang..(ugh!)
Baiklah mari mengaku, selepas bercampur dengan golongan sastera tingkat tinggi, terasa diri dalam golongan marhaen saja. Jadi, nak publish karya rasa macam menguar-uarkan kelemahan.
Tapi, untuk tatapan bersama, cubalah nikmati bahasa yang 'cuba' dipuri dipujanggakan ini..
Amaran: Cerpen ini, mungkin terselit perkataan asing bagi anda, jadi..sila merajinkan diri merujuk kamus bahasa ibunda anda ini.
Amaran: Cerpen ini, mungkin terselit perkataan asing bagi anda, jadi..sila merajinkan diri merujuk kamus bahasa ibunda anda ini.
Semuanya bagai menemui titik kematian. Malah, hawa petang itu tidak bersahabat dengan sesiapa yang menghirupnya. Pijar bahang mentari mencengkam nodus-nodus peparu saat udara sampai di ruang dada. Habuk pada jalan aspal berterbangan bergulung-gulung, mengapung,lalu jatuh kembali.
Sesekali angin bertiup menggugurkan daun ke atas rumput. Di bawah pohon yang perang kekeringan, kelihatan pemandangan aneh. Seorang lelaki menekuni sebuah buku di tangannya. Sesekali mencatit sesuatu. Tidak terkesan dengan apa pun.
Dia melontarkan pandangannya ke tasik yang beriak malas dan tidak berupaya lagi mencetus keindahan itu. Lelaki itu menghembus nafasnya kasar. Badai kegelisahan melilit hatinya. Sudah beratus buku ditekuni. Sudah berjuta jurnal diteliti. Sudah berkali-kali ujian diuliti. Namun,dirasakan segala usahanya tidak berharapan. Harapan dilihatnya seperti bergantung-gantungan ,mengejek-ngejek,menekan kesabaran.
“Aku seperti pernah mendengar kisah yang menyerupai hari ini? Tapi dimana?” kata-kata itu terluah dari mulutnya.
Dia teringat pada hari dirinya dipecat dari kerja yang dicintainya. Terasa diri begitu hina. Pakaian putih separas lutut yang berjajar enam butang perlu disangkut sepi, tidak layak digunakannya lagi. Malah topi tinggi silender itu pun, dia bagai terlupa bagaimana untuk menggunakannya lagi. Kariernya sekelip mata punah. Bukankah dia pernah menerima anugerah dari Kerajaan Koloni, kerana menguasai bidang masakan dalam masa kurang sedekad? Namun itu sudah tiada harganya lagi.
Ada satu gelodak yang menjamah rimba rasanya selain rasa kehinaan itu. Dia merasakan terpanggil untuk mencari jalan keluar bencana yang bersifat itlak ini. Bencana yang menjejaskan kehidupan dan tabiat semulajadi sarwajagat.
“ Tidak bermaknalah aku seorang chef ternama, merangkap ilmuwan genius, namun tak berupaya menjumpai jalan keluar bencana ini, tidak bermaknalah hidup seorang tukang masak jika asap masakan tidak dapat dihidu lagi”
-Begitulah manusia sekarang.. jika tidak terkena batang hidung, tidak ingin ambil parwah.
Tiba-tiba satu suara menyahut. Matanya melingas ke sekeliling. Kosong,tidak satu pun kelibat manusia kelihatan di sekelilingnya. Mungkin dia tersilap dengar. Dia kembali menyandar ke batang pokok.
“Ya, aku seperti tahu, tapi apa?”
-Jawapan itu ada dalam dirimu, Brahim.
Suara itu kembali lagi.
“Siapa? Siapa kau??”
-Aku adalah aku.. yang penting kau sebagai manusia harus tahu, semua ini adalah ujian..
“Mana mungkin ini ujian? Manusia tanpa makanan? Ini melangkaui tabiat manusia!”
Brahim lupa untuk menghiraukan arah suara itu. Kenyataan Sang Suara benar-benar mencabar kesabarannya.
-Lalu..jikalau ini, kau panggil balasan? Mungkin ia lebih tepat?
“Balasan? Atas perbuatan apa? Kau menuduh aku punca masalah ini?”
-Tuduhan? Ini kebenaran! Ada pernah kau berkontemplasi, mencari makna disetiap penciptaan deria mu? Pernah kau bersyukur? Pernah kau menghargai nikmat mentari yang tak pernah kau minta, nikmat udara yang tak pernah kau fikirkan ada tiadanya..pernah..
“Sebentar, sebentar! Perlu apa semua itu?”
-Ya, perlu apa ia terus diberikan jika tidak disyukuri, tidak dihargai,baik saja ia dipulangkan..
Diam. Berjeda-jeda. Terasa berdenging-denging telinganya mendengar kata-kata itu. Panas. Seperti baru terkena hayunan tangan dari seseorang.
-Carilah makna dirimu. Mencari Tuhanmu.
“Bagaimana untuk masalah dunia ini? Aku ikhlas ingin menolong seluruh manusia, bukan hanya perutku”
-Bukankah khazanah Tuhan itu luas. Hanya satu saja nikmat yang ditarik. Malah selama ini, tak sesiapa peduli nikmat itu.
“Satu? Jadi kau fikir, dunia tanpa api panas itu hanya satu masalah? Api menjadi sejuk! Malahan, bukankah aneh bila mentari yang berbahang itu juga tidak berupaya membakar sebarang makanan?”
Dia teringat berita di kaca televisyen sejak 3 bulan lalu, beribu-ribu mangsa bencana aneh ini, terlantar di kasur-kasur rumah sakit. Jururawat, malah para doktor turut kewalahan, bila mereka sendiri tidak punya energi untuk merawat pesakit-pesakit tersebut. Mana mungkin sayur-sayuran dan buahan sahaja dapat memberi semua keperluan badan manusia? Sumber protein dan karbohidrat dari bentuk roti dan daging tidak dapat dinikmati. Tujuh bahagian piramid makanan itu, buntung. Hanya meninggalkan bahagian sayuran dan vitamin.
Kekurangan tenaga, menyebabkan, sistem ketahanan badan terhadap penyakit akan merundum jatuh. Malnutrisi. Lalu berlumba-lumbalah patogen dan bakteria menyerang manusia. Ini adalah bencana terbaru yang terburuk dalam sejarah peradaban dunia. Restoran-restoran terpaksa ditutup. Kilang-kilang industri gulung tikar. Saintis-saintis buntu walau beribu penyelesaian ditakar.
Hakikatnya dia merindukan haruman masakan yang mendidih. Hidupnya seolah kosong bila tidak lagi berpeluang menghidu asap masakan yang menghidupkan nadinya. Walhal, hal sedemikian selama ini menjadi permainannya sehari-hari.
-Darinya kita datang, kepadaNya kita kembali.
“Maksud kau?”
-Brahim, perhatikanlah, dari mana kau datang. Brahim, kenalilah hakikat dirimu.
Suara itu berulang-ulang dan sayup-sayup hilang.
“Nanti!..tunggu aku!”
“Encik, bangun encik..”dia terasa bahunya disentuh. Dia pantas menoleh,kelopak matanya dibuka luas. Seorang bertopi hitam berbaju seragam putih, dengan topeng perlindung muka berdiri di sisinya.
“Kau siapa?” dia bertanya. Fikirannya menenung kejadian tadi. Aku tertidurkah? Lalu mimpikah tadi?
Encik perlu tinggalkan tempat ini. Ia akan ditutup sebentar lagi” katanya sambil menunjukkan kad kuasanya.
Dia bingkas, melihat sekeliling. Matahari sudah meninggalkan cerakin cahayanya di dada langit. Tercarik-carik garis-garis merah di langit yang sudah kelabu. Pantas buku-bukunya dikutip, dan diseluk ke dalam tas coklatnya.
Dia galgal beredar dari situ. Tempat yang melilitkan seribu tanda tanya di setiap denyut hatinya.
**********
**********
“Brahim, perhatikanlah, dari mana kau datang.
Brahim, kenalilah hakikat dirimu.”
Brahim, kenalilah hakikat dirimu.”
Suara itu berulang-ulang menyentak-nyentak ruang fikirannya. Siapakah empunya suara itu? Tidak pernah dia mengalami situasi itu. Tidak pernah dia berlawan kata dengan sesiapa sebegitu. Suara itu seperti bergema-gema di dalam bilik sederhana kecil yang sarat dengan rak-rak buku menyentuh lelangit rumah.
Janggal .
Dia terasa ganjil bila namanya itu diulang-ulang. Sudah lama namanya yang kedua itu tidak diseru. Selalunya dia dipanggil Seth. Tuan Seth. Dia jarang menyebut nama penuhnya Seth Brahim. Seingatnya yang memanggilnya Brahim hanyalah datuk. Datuk sebelah ibunya yang renta namun masih gagah ketika usianya menjangkau 100 tahun.
Dia masih ingat, ketika datuknya menghembuskan nafasnya, dia menangis tidak tertahan sedih.
Dia terasa ganjil bila namanya itu diulang-ulang. Sudah lama namanya yang kedua itu tidak diseru. Selalunya dia dipanggil Seth. Tuan Seth. Dia jarang menyebut nama penuhnya Seth Brahim. Seingatnya yang memanggilnya Brahim hanyalah datuk. Datuk sebelah ibunya yang renta namun masih gagah ketika usianya menjangkau 100 tahun.
Dia masih ingat, ketika datuknya menghembuskan nafasnya, dia menangis tidak tertahan sedih.
Datuk yang rajin bercerita. Datuk yang dekat dengannya ketika ibu bapanya sibuk. Datuklah yang menemaninya di rumah besar ini. Ya datuk rajin berhikayat sambil sesekali menilik kitab yang dikatakan bermukjizat itu.
“Brahim, bacalah kitab ini, nama kau tercatat di sini”
Tiba-tiba kata-kata datuk bergema digegendang telinganya. Pesanan datuk sebelum berlalu buat selamanya.
Kitab kuno itu? Menyebut namanya?
Dia galgal mencari kitab kuno itu. yang berdekad lama tidak pernah diselak kembali. Benar, rasanya semua buku didalam bilik ini sudah ditekuni bagi mencari jawaban bagi masalah dunia ini. Namun tidak terlintas untuk menyelak kitab itu.
“Brahim, bacalah kitab ini, nama kau tercatat di sini”
“Brahim, kenalilah hakikat dirimu”
Kata-kata datuk dan suara itu bersipongang disetiap penjuru kotak fikirannya. Pengap.
Akhirnya kitab lusuh yang kuning berhabuk ditemui dihujung rak buku yang paling atas. Semerbak bau kertas lama yang hapak menjentik hidungnya saat lembaran kitab itu dibuka.
“Manusia menjadi lemah kerana tangan mereka sendiri kerana manusia mengganti hukum-hukum Tuhan menjadi hukum manusia, dan manusia tetap menolak untuk sadar terhadap tragedi besar yang mereka ciptakan untuk mereka berserta anak cucunya. dan penderitaan menjadi sebuah takdir yang disengaja. Duhai manusia, kembalilah padaNya”
Ibrahim Khalifaa
Catatan tangan datuk yang bertinta hitam dan sudah pun kembang itu dibaca di muka surat hadapan kitab itu. Tersirap darahnya memahami bait-bait kata itu. Takdir yang disengaja? Jadi benarlah kata-kata ‘suara’ itu, bahawa bencana ini datang dari dirinya sendiri?
Kitab ini telah dilupuskan dari kajian-kajian di mana-mana institusi pun. Jika adapun, ia hanyalah berada di muzium. Kitab kuno yang pernah menjadi rujukan tamadun bangsa berkurun yang lalu, dikatakan tidak lagi relevan dengan arus kemodenan masa kini. Intipatinya didakwa sebagai jumud dan banyak berunsurkan tahyul.
Semua sejarah yang tertera di dalamnya dianggap tahyul dan tiada bukti. Itu yang diuar-uarkan Kerajaan Koloni. Dia hanya menerima saranan itu tanpa usul periksa. Tidak siapa memperdulikan. Tidak siapa mempertikaikan.
Brahim. Ibrahim.
Ada persamaan di situ. Mungkin dari sinilah dia mendapat jawapan hakikat dirinya?
Setiap kata di dalam kitab itu yang merujuk perkataan Ibrahim diselaknya.
“Kami (Allah) berfirman, ‘Wahai api, Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim’ ”
Dia tersentak. Dahinya berpeluh. Dadanya berombak pantas. Ayat apakah ini? Matanya berpinar tidak ketahuan sebabnya. Segalanya menjadi gelap.
p/s: nantikan sambungannya, sila jangan bengang
SEGALA PUJI BAGI ALLAH
Untuk sekian kalinya, saya dilanda ketidak-normalan kepada tablet.
setelah melihat sekalian lukisan yang cantik dihasilkan oleh mereka.
sekarang?
saya hanya mampu berdikit-dikit melukis dengan apa yang ada.
seperti ini
![]() |
| LOVE will RIGHT if laid for Allah ~cinta itu benar jika kerana Allah~ |
Buat pertama kalinya menggunakan perisian ShiPainting secara online
(buat macam ni pun masih terkial, ada hati nak guna tablet)
Sedikit perkongsian
Isu cinta tak pernah layu dan lesu sejak tamadun dunia bermula iaitu dari Adam dan Hawa sehingga sekarang manusia menyambung rasa tersebut.
Saya selalu teringat kata-kata ustazah saya semasa sekolah dahulu.
"Cinta itu FITRAH tapi jika tidak dikawal ia membawa FITNAH"
Ya, harus saja Cinta itu ada pada diri, tapi jika tidak diarahkan dalam jalan syariat, ia akan menjadi fitnah.
Saya suka melihat Cinta dari aspek yang lebih serius berbanding rasa yang tak ketahuan datangnya bila itu.
Cinta kepada ilmu. Memang mudah berkata, 'tuntut ilmu niat kerana Allah'.
tapi
bila segunung esaimen menghenyak,
test yang beratur tak kenal masa,
nota dan rujukan yang harus diuliti,
pembentangan yang berderet-deret,
Juga tesis bagi pelajar tahun akhir yang cukup memutarkan dunia (kononnya)
Mulalah kata "Aku tak tahan!"
Di mana Allah saat itu?
Di mana cinta Allah yang diuar-uarkan satu ketika dulu?
Solusinya?
PERBAHARUI niat. kenapa harus hidup tunggang langgang? mesti ada yang tak kena di mana-mana.
"Study bagus-bagus, nanti senang dapat kerja"
"Kena baca dan faham betul-betul ni, nanti masuk exam senang jawab, result bagus, hidup bahagia"
Berbalik kepada gambar, jika kita kembali kepada CINTA ilmu kerana kita hendak sukakan ALLAH. Jadi cinta kita itu adalah cinta yang BENAR.
" Untuk sukakan Allah saya berpesan kepada diri saya, dan semua para pembaca, bahawa Allah adalah tujuan saya. Saya belajar untuk sukakan Allah, kerana Allah suka dengan orang yang mempunyai ilmu. Saya belajar bukan untuk dapat result bagus, tapi untuk SUKAKAN Allah. Saya berusaha untuk SUKAKAN Allah, sebab Allah suka dengan orang yang berusaha, (bukan sebab nak sukakan penyelia tesis saya) kerana dengan usaha saya menzahirkan agama.Saya juga kena TAHU, usaha saya itu usaha yang betul, supaya saya yakin dengan izin Allah, usaha saya itu DISUKAI Allah, dan berkat disisiNYA."
Dapatkah 'jurus' saya? pendek kata, apa-apa yang kita buat kena fikir, Allah suka tak apa yang aku buat?
SEGALA PUJI BAGI ALLAH.
sepatutnya
dunia saya, kamu dan kita..
penuh dengan doa yang panjang-panjang
penuh dengan dunia yang semakin kurang
penuh dengan qiamullail pada malam yang kelam
penuh dengan dendam pada sejarah yang silam
bukankah senjata doa telah hilang
bukankah akhir dunia kian menjelang
bukankah sunnah qiamullail semakin kurang penting
bukankah darah dendam syahid menjadi terasing
LALU DIMANA SAYA??
[ Read More ]
sepatutnya
dunia saya, kamu dan kita..
penuh dengan doa yang panjang-panjang
penuh dengan dunia yang semakin kurang
penuh dengan qiamullail pada malam yang kelam
penuh dengan dendam pada sejarah yang silam
bukankah senjata doa telah hilang
bukankah akhir dunia kian menjelang
bukankah sunnah qiamullail semakin kurang penting
bukankah darah dendam syahid menjadi terasing
LALU DIMANA SAYA??
KAMU DAN KITA?
Murid Tahun 1,2 curi masuk 26 kediaman
Membaca Tajuk berita itu saya tergamam sebentar. Apakah? Malaysiakah? Ya, berlaku di Putrajaya.
Jika Indonesia punya filem bertajuk "Alangkah lucunya (negeri ini)", Kita Malaysia sudah boleh mengangkat realiti baru, "Alangkah sedihnya (negeri ini)"
Mengapa situasi ini saya kaitkan dengan filem arahan Deddy Mizwar? (yang berlakon menjadi ayah Ana Altafunnisa dalam KCB) Filem ini mengisahkan sekumpulan pencuri, atau pencopet atau pickpocket. Jangan terkejut jika pencuri ini terdiri dari kanak-kanak. Iya, seusia mungkin dengan anak-anak kita, adik-adik kita yang masih di sekolah rendah..Filem ini sangat menyentuh, selepas Laskar pelangi.Filem yang penuh dengan sindiran Antara kata-kata sinisnya:
"Orang berpendidikan mencuri duit dari almari-almari, dari laci-laci..
"Pendidikan adalah alat untuk meloncat dari menjadi pencuri kepada korupsi"
Entah kenapa ketika menonton filem ini, saya membayangkan situasi ini di Malaysia, lalu cepat-cepat saya beristighfar. Namun bila menatap akhbar bertarikh Selasa, 1 November itu. Saya tersandar.
Jika dalam Filem ini, jelas ia mengkritik kerajaan yang korupsi, yang tidak langsung meghiraukan pendidikan rakyat. Pendidikanlah punca negara maju. Itu yang ingin disampaikan oleh filem ini. Lalu, bila anak-anak ketinggalan, lahirlah kanak-kanak berprofesi pencuri atau pencopet.
Kita?? Kanak-kanak yang mencuri ini bersekolah, tetapi mencuri. Jadi, mengapa sebenarnya sebab mereka mencuri?? Muda, sangat muda, bahkan kenaifan seorang kanak-kanak itu terterap lagi bila akhbar itu melaporkan kanak-kanak ini ingin memulangkan CD yang 'dipinjamnya' kepada rakan yang diceroboh rumahnya. Petikan akhbar itu seperti berikut:
Kegiatan murid Tahun Satu dan Dua itu terbongkar selepas mereka dikatakan mahu memulangkan semula CD diambil dari satu kediaman kepada rakan sepermainan yang juga anak mangsa
Hasil soal siasat, kanak-kanak terbabit mengaku terbabit dalam 26 kes pecah rumah walaupun sehingga kini polis hanya menerima satu laporan berhubung kejadian.
Kanak-kanak ini dengan naif dan jujurnya mengaku pula.. Saya takut untuk membayangkan, apakah yang terjadi pada neuron kanak-kanak 'cerdas' berpendidikan ini sepuluh tahun akan datang. dalam usia 7 tahun merompak 26 rumah, dalam usia 27 tahun??
Ya Allah selamatkanlah anak-anak kami dari malapetaka ini..
Jika pendidikan jiwa tidak seiring dengan pendidikan minda, maka, kemajuan yang dikejar itu sendiri yang akan 'membunuh' pembangunan sesebuah negeri. Alangkah sedihnya negeri ini, dikatakan maju, namun jiwa semakin mundur dari kasih sayang Ilahi. dikatakan membangun namun akhlak semakin merundum.

Saya menghadamkan buku ini kurang dari sehari. Sejurus selepas membeli dari penulisnya Nisah Haji Haron dan mendapatkan tandatangannya.
Hakikatnya saya hanya ingin menyelak sehelai dua, tapi saya telah 'dipasung' oleh buku ini untuk menghabiskannya.
Himpunan 17 cerpen penulis terpilih ini begitu mengujakan. Buku ini adalah satu pakej, satu buku 17 penulis. Sungguh, tak rugi membacanya. Sebenarnya ia menelusuri perjalanan penulis dalam menghasilkan sebuah cerpen. Ternyata, penulis adalah seorang yang sangat peka, setiap sesuatu dipandang dengan falsafah. Malah, idea untuk menulis sangat universal, boleh saja melalui pengalaman, melalui pembacaan, pemerhatian, malah mimpi juga mencetuskan ilham bagi penulis.Perlu diingat, menulis bukan satu perkara mudah, untuk menulis satu cerita kajian terperinci perlu dilakukan.
Saya tertarik dengan salah satu cerpen karya Kamariah Kamaruddin yang bertajuk Tentang Hijab. Mengupas mengenai kain yang menutup kepala bagi perempuan Muslim. Kupasan mengenai bertudung bukanlah satu pilihan. Bukanlah satu hak Peribadi dan sensitif. Ianya terang-terangan merupakan perintah Allah yang termaktub dalam kitab Nya dalam surah Al Ahzab ayat 59.
Melalui buku ini juga saya dapat maklumat mengenai kisah Hang Tuah. Rupanya Hikayat Hang Tuah itu diragukan kebenarannya. Penulis Hikayat Hang Tuah juga menjadi misteri dan kebanyakan bukti menyatakan Hang Tuah hanyalah fiksyen dan bukan individu yang benar-benar wujud. Rasa seperti ditipu saja. Pengalaman seorang penulis di Jepun juga memberi maklumat menarik untuk kita. Orang Jepun sangat benci dengan mereka yang bercakap sambil makan, dan makan sambil berdiri. Mereka menganggap perkara itu adalah perbuatan biadap. Tetapi jika anda merupakan pelancong, mereka akan melayan anda walaupun andalah pelancong biadap itu. Jangan mensisip susu sambil meminta pertolongan orang!
Selirat Derita pun Terurai menggambarkan nasib negara Palestin. Pastinya bukan sedikit kajian bagi menghasilkan cerpen ini.Sebenarnya saya juga tersentuh dengan cerpen Nyanyi Sunyi. Kenapa? Bacalah buku ini, siapa tahu, anda bakal menjadi penulis selepas membacanya!
Melalui buku ini juga saya dapat maklumat mengenai kisah Hang Tuah. Rupanya Hikayat Hang Tuah itu diragukan kebenarannya. Penulis Hikayat Hang Tuah juga menjadi misteri dan kebanyakan bukti menyatakan Hang Tuah hanyalah fiksyen dan bukan individu yang benar-benar wujud. Rasa seperti ditipu saja. Pengalaman seorang penulis di Jepun juga memberi maklumat menarik untuk kita. Orang Jepun sangat benci dengan mereka yang bercakap sambil makan, dan makan sambil berdiri. Mereka menganggap perkara itu adalah perbuatan biadap. Tetapi jika anda merupakan pelancong, mereka akan melayan anda walaupun andalah pelancong biadap itu. Jangan mensisip susu sambil meminta pertolongan orang!
Selirat Derita pun Terurai menggambarkan nasib negara Palestin. Pastinya bukan sedikit kajian bagi menghasilkan cerpen ini.Sebenarnya saya juga tersentuh dengan cerpen Nyanyi Sunyi. Kenapa? Bacalah buku ini, siapa tahu, anda bakal menjadi penulis selepas membacanya!
Segala puji bagi Allah.
Allah yang menciptakan manusia dari pelbagai kaum. Pelbagai fahaman. Sebelum datangnya Nabi s.a., kaum Arab, sangat taksub dengan blok-blok keturunan. Hal ini menyebabkan perbalahan sesama mereka. Masing- masing mendabik dada merekalah kaum terbaik.
Namun, bila Rasulullah s.a.w datang membawa syariat yang indah. Perbezaan ini dihilangkan garis pemisahnya dengan SATU akidah. Akidah dan taqwa pengukur kemuliaan individu mahupun masyarakat.
Lalu, pada hari ini, apakah kita masih 'merasai' kesatuan akidah itu? Keindahan keSATUan umat itu? Jika akidah mudah dilelong di atas kertas-kertas, dan entengnya diubah semudah lafaz diluahkan?
isu akidah bukan satu isu yang boleh diberi timbal balik. Bagaimana syariat menyusun akidah itu ibarat harga diri manusia, hilangnya, hilanglah nilai kemanusiaan, dan 'kelayakannya' bergelar manusia hilang, andai 'membuang' akidah yang pernah bersemadi dalam jiwa. nilai manusia tiada, jadi apa perlu hidupnya di dunia ini? Mati adalah hukuman terbaik.
manusia yang membuang akidah, tidak LAYAK hidup di muka bumi.
sifirnya mudah.
manusia + akidah = hidup
manusia - akidah = mati
Kasarkah?
Hakikatnya kita sudah lama di'manjakan' dengan akta-akta palsu yang akhirnya menjerat kehidupan sendiri.
Apakah bezanya masyarakat hari ini dengan zaman nabi. Mereka punya akidah, kita juga memegang akidah yang sama.
Tetapi, mengapa keSATUan umah itu tidak dapat dicapai?
jika dizaman jahiliyah dulu, mereka berbangga-bangga dengan nasab keturunan mereka.
"TOK NEK AKU LAGI TERER DARI HAMPA"
KITA??
Apa yang menghalang kita dari BERSATU
Fahaman dan taksub ketua.
"TOK KETUA AKU LAGI BAGUIH DARI HAMPA!"
Lalu, bila satu HIMPUNAN dianjurkan bagi menghalang agenda Kristianisasi kafir di negara ini, rupanya ia menJELASkan lagi situasi umat sekarang.
Betapa blok-blok 'tok-tok ketua' begitu berpengaruh menghalang MUSLIM Malaysia dari berSATU.
Sila fahamkan antara objektif perhimpunan ini.
Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
Jelas?
Sedikitpun, ia tidak menyentuh fahaman POLITIK.
Titik.
dan, ia juga bukan gerakan menjatuhkan kerajaan seperti himpunan di Mesir.
"kot tak nak jadi subtrate, boleh jadi product, kut tak seronok jadi product, jadi subtrate balik"
"Kalau kau tak nak takpa. pusing balik, kalau kau tak suka, takpa, kita boleh tukar'
Bolehkah begitu?
Mengapakah kafir yang menghancurkan kelayakan seorang MUSLIM menjadi 'manusia' itu perlu dijaga hatinya?? Ya ALLAH... apakah sudah jadi bila musuh dijadikan sahabat?
Mari kita semak semula, ayat ALLAH
"DAn orang-orang Yahudi, dan Nasrani Tidak akan RELA kepadamu (muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka"
"habis, berkumpul-kumpul ni boleh selesai masalah ke?"
Saudara, saudari sekelian, mereka si kafir ini, sedang melihat dan mentertawakan kita umat islam yang bercerai-berai. Lalu,himpunan ini cuba mencari jalan yang pernah diambil oleh Rasulullah,menjadikan akidah sebagai medium KESATUAN UMMAH, dan mengenepikan perbezaan pendapat dan taksub perkauman.
Kalau hendak berhimpun yang dikatakan perkara kecil ini pun orang ISLAM tak dapat buat, bagaimana untuk menegakkan undang-undang hudud yang memerlukan fahaman yang BUKAN sedikit dari golongan MUSLIM sendiri?
Wahai saudara saudari, bebaskanlah dirimu dari belenggu 'tok-tok ketua' kamu
sedarlah, Selamatkanlah akidah mu...
akidah mu itu yang bakal dibuktikan pada Allah kelak.














