" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~

Selama ini, saya hanya baca saja keadaan orang yang di-unfriend di alam maya. laman sosial semestinya.

Baru ini, saya punya masa lebih, dan terperasan, yang tiba-tiba ada yang meniadakan namanya dari senarai kawan saya.Saya bukan jenis yang banyak kawan pun. Saya memaknakan kawan itu adalah mereka yang pernah saya bersua muka dan bertukar senyuman dan pandangan. dan yang utama, yang saya sudi masuk ke dalam memori saya. sekurang-kurangnya begitulah.

Oh. patut.Patutlah, saya seperti jarang melihat statusnya di dinding itu. Oh. faham.


tiba-tiba saya teringat masa saya kecil dahulu. ungkapan seperti "tak nak kawan!" lalu dibalas-"tak nak kawan sudah!"

tapi saya tak mahu lah begitu. Jika saya tak berkawan dengannya di alam maya ciptaan manusia begitu, saya ada alam maya yang lebih luas empunyaNya, yang lebih mengizinkan saya terus mendengarkan doa saya buat mereka. ya! mereka. phlural.

Mungkinkah sebab kata-kata saya yang terasa pedih buat mereka? Ampun maaf saya luruskan pada mereka. Saya fikir mereka sudah pun boleh membuka minda mereka seluasnya untuk usia yang sudah tidak boleh dibilang dengan jemari tangan. sekalipun dicampur jemari kaki. Saya hanya teringat satu lagu "kalaulah ada benci, kita sandarkan pada kenangan.." Senyum.

Banyak kenangan bersama mereka. Saya sedang tersenyum pun teringatkan mereka ni..

Baiklah, saya pun cukup besar untuk tidak membesar-besarkan hal ini. Yalah, walaupun ramai yang mengatakan saya ni jiwa batu, kering,kosong dan sewaktu dengannya, tapi terselit juga perihnya ya, bila jadi pada saya.

Saya fikir ukhuwah ini tiada syarat, mungkin kita berbeza pandangan, tapi kita satu akidah. saya suka kalau kita hormat menghormati. Itu saja. Saya juga suka warna warni. Anda bagaimana?









[ Read More ]

I want to go home. thats my only word since yesterday.


okey. maaf ya kalian, janji saya dahulu mahu sepenuhnya menggunakan bahasa ibunda tergelincir jemari sebentar. malas pula mahu undur.

satu kata boleh mengadaptasi rasa sekarang adalah sifar. sifar itu bundar bukan? bulat.
dengan semua yang saya hadapi kali ini, satu saja yang saya boleh katakan. dunia ini bukan statik. dahulu semasa kecil-kecil, bunda guru kita pernah menyatakan dalam pelajaran ilmu alam, yang bumi ini bulat bukan?



pastinya ia berputar bukan? tidak hanya diam..

jadi, haruslah anda sedar, kalau sekarang anda di atas, kalau anda rasa anda berkuasa, kalau anda rasa sekarang anda punya segalanya, harta, masa dan kuasa. ketahuilah. tiada apa yang kekal di dunia. anda pasti tak selamanya menggapai awan, haruman rerumput dan lumpur menunggu bila masa bumi bergolek terus terusan.  apa yang anda beri, anda akan terima semula.


i just want to say this: .you will feel like just what  my mother felt. just wait for it.
[ Read More ]

Segala Puji Bagi Allah

Saya teringin benar berkongsi apa yang saya rasa. Sememangnya bukanlah perkara yang menarik pun dan menambah iman.(memang kena addmit ini. sedihnya!) Tapi inilah sisi saya yang lagi satu. Gila sejarah. Jadi selamat menjadi bosan berkawan dengan saya.

Saya sanggup bergolok bergadai-ah hiporbola sungguh!. demi menyertai seminar sejarah. satu demi satu kawan saya mahu heret ke seminar ini. Hanya seorang itu yang mahu. Kasihan, dia terheret dengan kegilaan saya.



Seminar Kecanggihan Teknologi Zaman Kesultanan Melayu Melaka


Canggih tak nama seminar ini?


Apa yang membuatkan saya membaca semula kertas kerja yang terperuk sejak hujung bulan lalu, adalah kerana saya baru sahaja menonton filem yang direkomendasikan oleh pembentang hari itu. Queen of Langkasuka. Asalnya filem itu bertajuk War of Pattani. tapi ada lah isunya mengapa nama itu ditukar.
sememangnya awal-awal lagi aku diingatkan filem ini bukan daripada kisah benar, ia dicedok hanya segelas dua daripada sekawah cerita yang sebenar. lalu dicampurkan dengan elemen-elemen lain untuk menyedapkan lagi sebuah filem.



heronya ramai sekali. Panglima Jarang, Pari, Raja Pahang dan musuh pun banyak juga.Dark RAven, Rawai, dan oh, saya tak dapat mengingat dengan baik. 

Sebetulnya saya sudah keliru, apa fungsinya perkataan Queen dan peranan permasuri yang bernama Hijau itu. Dia hanya duduk-duduk malah bila diserang awal-awal filem itu pun, Lord Jarang juga yang mempertahankan beliau sehingga matanya sebelah buta. Muka Jarang, garang betul!



Oh. apa kena mengena cerita ini dengan seminar ini?

Ya! senjata dalam filem ini hebat sekali! Rupanya memang beginilah kerajaan-kerajaan di nusantar berperang. Keris sebenarnya hanya digunakan untuk serangan jarak dekat, dan, untuk sesi formal, sebagai contoh-Panglima Jarang diamanahkan untuk mencari Lim Tho Khiam-a great inventor from China. 

Dan Keris ini digunakan semata-mata untuk berteriak "FIRE!!" harus keris ini dijulang ke langit saat serangan diarahkan.  Bergaya kan? Kalian pernah lihat dalam filem-filem perang Brat seperti inikah? paling-paling mereka menghunus jari telunjuk sahaja.

Saya sangat kagum dengan baju yang digunakan oleh Panglima Jarang itu. Hebat! Teguh,Mantap tak jarang macam dalam filem-filem buta sejarah 'puteri gunung ledang' dan tak mahu sebut lagi. Terkadang askar-askar Melayu diperlihatkan tidak berbaju dan malah tak berkasut! Maaf ya, tok nek aku dulu bisnes selipar! eh ,bukan, orang dahulu panggil capal. Sengaja benar merendah-rendahkan jati diri orang Melayu.

Belum lagi kamu lihat pakaian Raja Pahang. Bergaya sekali! baju perang yang dilengkapkan dengan tanjak? Wah! ini baru raja Melayu.


 Kalau saya nak kata baju perang Puteri Ungu itu bagus, saya biasa lihat pula dalam filem-filem Eropah. tak mengapalah kalau saya tak puji pun, ya kan?

Mahu Lihat senjata seperti James Bond guna itukah? Eh? Raja Melayu dah lama guna senjata seperti itulah.. nampaknya James Bond ketinggalan zaman. LIhat ini ya..

Hand's up!
Tapi watak Raja PAhang ini mucul di hujung-hujung cerita saja, bergaya dengan pistolnya. sayangnya..dia dahlah kacak! eh? bukan tadi baru kena pesan, tundukkan pandangan ke?

Lalu matilah semua si pengkhianat. Pistol ini kita panggil terakol. Memangnya kita tidak boleh mengkaji sejarah hanya dari filem. Tapi, dalam sejarahnya memang masyarakat Aceh raja-raja mereka biasa gunakan terakol ini. Siap ada ukiran lagi. Menurut pembentang kertas kerja ini, memangnya terdapat usaha untuk melenyapkan bukti-bukti sejarah mengenai senjata Melayu ini.Tak hairanlah ramai tak percaya kita ada senjata lain selain keris dan lembing.

sebentar ya saudara sekalian. Kita ada meriam! dan namanya sungguh bergaya sekali sangat khas bercirikan Melayu. Lela.dan gun bergelar Lela Rentaka. Sila gerun dengan nama-nama ini. Satu hari nanti saya mahu mengkaji asal perkataan Lela ini. mengapa nama yang hebat-hebat dimaknakan dengan LELA. asal manakah perkataan ini ya?
Kabom! besar tahu RENTAKA ini!
orang Inggeris yang pelat itu hanya boleh sebut ia dengan Lentakas. dasar lidah pendek!

Meriam yang terkenal di tanah melayu adalah Seri Negara, Seri Patani dan Mahalela.Meriam-meriam ini dirompak . dan ada pula yang tenggelam dalam laut. Kononnya mahu dipasang pada kapal mereka, terlepas jatuh la pula.. Oh, ya. Mengapa Portugis suka benar dengan meriam kita, ya? mereka kan ada meriam yang katanya lebih hebat. 

Meriam melayu ada ciri istimewa. bolehkah saya panggilkan ia begini-portable cannon. ia ringan, beroda, dan mudah alih. Boleh pasang di kapal, diheret dan dipacakkan di kota-kota. Meriam Barat berat dan suah pula nak dialihkan. Selepas itu adalah proses copy paste lepas Portugis rompak 2000-3000 meriam dari tanah melayu. Dasar pencuri! Ini kes Alfonso yang terkagum-kagum dan tercabar melihat Melayu lebih hebat dari mereka. Awas, melayu bukan kalah kerana tak cukup senjata, tapi tak cukup kuat akhlaknya!
Angka-angka ini dalam catatan Portugis,Jaao De bArros. bukan saya sengaja mereka-reka cerita!

Oh ya. Meriam asalnya daripada China, dan di sesuaikan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Katanya- Hang Tuah pernah diamanahkan membeli sejumlah meriam dan pelurunya itu dari kerajaan tersebut. Harus kalian mencari manuskrip yang mungkin dalam tulisan arab bagi membuktikan cerita ini. 

Semasa Perang Naning dahulu kita tak guna keris macam dalam ilustrasi buku yang saya baca masa darjah empat dahulu itu, tahu? Mereka menggunakan pemuras, Jika dalam bahasa Inggeris, kita sebutkan saja 'blunderbuss'.
 Ia mirip senapang yang menggunakan peluru timah hitam. Eh? macam mahu bunuh hantu saja? yalah, penjajah itukan jahatnya seperti hantu. Boleh mati menggunakan peluru seperti itu saja.

oh ya. jika kalian tidak percaya tok nek kita biasa menggunakan meriam, boleh baca Syair Perang Siak.menceritakan Raja Ismail menggunakan meriam menentang Belanda.Peristiwa itukan terjadi tahun 1764-1765 Ah! asal saja kamu mahu baca syair-syair perang yang panjang-panjang dan lenggok bahasanya kalah SMS buat buah hati kalian!


Belum pun masuk bab baju zirah saya sudah penat menaip.Ya, orang melayu pakai baju. Zirah besi lagi! kan tadi sudah tunjuk baju Raja Pahang di atas itu?Raja-raja yang turun berperang itu guna baju dan perisai besi, dan rakyat atau askar ada perisai dan baju daripada buluh. Biasanya askar ini akan buat serangan jarak dekat yang saat ini barulah mereka gunakan parang. Awal-awal nak takutkan musuh,nak runtuhkan kota, guna meriam. tahu?

YA. Kalian itu anak cucu orang yang hebat-hebat. Silalah percaya yang kalian dulu boleh pegang pistol macam pegang i-pad sekarang ni. Keris hanyalah lambang! okey? Sekian sahaja buletin basi. laporan untuk seminar dua bulan lalu. rasanya saya mahu edar-edarkan kertas kerja hebat itu. Semua orang patut baca dengan hati. Entahlah. saya mahu cakap banyak pun, nanti kalian tembak saya dengan 'Qur'an kau dah cukup dibaca dengan hatikah?" 

Ya. paling kurang saya tidaklah menonton drama-drama Korea lalu menitiskan air mata kemudiannya. Satu ibrah pun susah nak korek dari semalaman kalian tonton itu,kan? 

Apa pun. Inilah saya. akhir kata, saya sangatlah suka cita memetik kata-kata Burhanuddin Al helmy itu. Ya, walaupun szya kutip dari novel. apa salahnya kongsikan buat kalian yang lebih suka buka muka buku,kan?

"Di atas robohan kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka."



[ Read More ]

Segala Puji Bagi Allah.




Selamat datang ke bulan Zulhijjah. Ada apa pada bulan ini?

"Dapat balik kampung"

"Dapat makan daging"

"Hujung-hujung bulan ni, untung-untung dapat la makan kurma ajwa, dengan dapat tasbih dari Mekah.Pak sedara aku pergi haji tahun ni"


Dah? itu saja?

"dah, pastu balik kampus ada mid sem"sambil memicit-micit dahi.
Dunia.
                                                                   ********

Dibanding dengan Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji lebih banyak kisahnya.

Daripada sekalian cerita yang ada sempena Aidiladha, sangatlah ingin mengaitkan dengan cerita Siti Hajar dan telaga zam-zam. 

Apakah hikmahnya sai''e. Mengapa Allah membiarkan Siti Hajar perlu berulang alik sebanyak tujuh kali baru Allah pancarkan air zam-zam.
dan lebih menakjubkan ianya kekal sehingga hari ini. Kenapa telaga zam-zam itu kekal sehingga sekarang? Apa fiqh sirahnya di sebalik kisah ini?

Supaya kita yang minum air zam-zam ini ingat, bukan mudah-mudah air ni boleh keluar begitu sahaja. Semuanya atas jalan mujahadah dan pengorbanan. 

Begitu juga dengan agama. Agama tidak dapat tertegak tanpa pengorbanan. Mujahadah. Tiada jalan pintas.

Teringat kisah seorang sahabat nabi, bertanya bila penganut Islam diseksa oleh kafir Quraisy. Mengapakah nabi yang bergelar kekasih Allah tidak berdoa dan meminta pertolongan suapaya Islam menang dengan mudah?

Kerana agama memerlukan pengorbanan. Ia tertegak dengan pengorbanan. Ikut cara nabi untuk tegakkan agama, step by step, Insya Allah berjaya. 

sangat terkesan bila ada yang berkata, nabi tak pernah buka kaunter "siapa nak masuk Islam, meh isi borang." tiada.  melainkan nabi mendekati hati-hati mereka. Ketuk pintu rumah ke satu rumah yang lain. Pernah terfikir, kenapa usaha kita terhadap agama tak berkesan? sebab tak ikut cara nabi yang membutuhkan pengorbanan. Allah..

Sehingga umur kita sekarang, jika esok ajal sudah tiba, cuba fikirkan, Apa yang kita nak sembahkan pada Allah, untuk agama-Nya?

Saya terus cuba memaknakan Aidiladha bukan sekadar seronok makan daging. Mohon Allah mudahkan kita semua.


p/s: suka lagi raya haji, sebab dapat takbir lebih dari sehari.
[ Read More ]

segala puji bagi Allah

Sedang sibuk mengulit buku, tiba-tiba si Abang sibuk menarik-narik tangan

"acik jom la sini.."

"Nak buat apa?"

"Jom la..." dah dia tarik lagi kuat.

"Mohd nak apa?"

"Ada lah tu,dia nak benda yang dia tak tahu namanya, tu pasal dia tarik tangan awak" ibunya menerangkan. Saya mengangkat kening. Jangan kau mintak yang tidak-tidak sudah. Saya menurut desakannya

"Acik, jomlah buat ni.." dia menarik sekotak warna air. Oh.. ini ke..


"Namanya water color" ajar saya. Hm, lama juga saya tidak mewarna. Bagus juga. Mewarna baik untuk tumbesaran minda kanak-kanak.

"Pergi ambil air dalam cawan kat dapur" suruh saya pada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu. dengan riangnya dia berlari ke dapur, melaung pada ibunya, "Umi.. nak air..." haih. orang suruh dia, dia suruh orang lain pula.

Lalu di tengah-tengah rumah kami membentang kertas lukisan.Memicit tiub-tiub warna. Melakar-lakar tak keruan tujuan. Pengajaran mengajar kanak-kanak. Mereka lebih cenderung meniru daripada mendengar.Lebih sejam kami bermanin warna.

Satu-satu tiub warna dipicit. Lantai rumah dah terpalit pelbagai warna. Biarlah. Biar anak ini menikmati dan 'menjelajahi' dunia ini. 

"jangan guna warna hitam!" dah terlambat! lukisan yang tadi warna-warni berbelang selang seli dengan warna warni sudah terpalit dengan warna hitam. Ah! Kalau mengikut peraturan lukisan air, dua warna yang diharamkan dalm penghasilan lukisan. putih dan hitam. Apa boleh buat. sukatikaula!

 Lalu.. "okey.. dah siap"

Lakaran tidak keruan ditayang. Mungkin Van Gough saja yang boleh memaknakan lukisan ini. Abstrak. Terlampau rumit untuk difahami. Ahah!


Disebabakan saya pun sudah lama tidak menyentuh warna-warna itu, rasanya inilah masanya untuk membayar semula rasa ingin bermain dengan warna yang terkekang dek timbunan esaimen segala suatu ketika dahulu. Mengalahkan di pengajak tadi. Beriya melebih!


Done!

Pada mulanya saya mahu meniru satu lukisan lain. Namun kemudiannya terfikir. Bebaskan dirimu! lalu inilah carikan tiada perancangan. Hanya mengikut gerak jari. sesuka hati. 



[ Read More ]

Segala Pujia Bagi Allah. Salam Aidilfitri dan Merdeka.

Mendengar khutbah Jumaat semalam. Memang pada mulanya terasa berawangan. Namun isi khutbah itu ternyata mengesankan. Hari Jumaat bersamaan dengan Hari Ulang tahun Kemerdekaan.



Ayat Al-Qur'an yang dipetik membuat saya terpana. Mengapa saya tidak pernah terjumpa ayat ini selama baca ya?
Dan mata saya jadi terbuka.  Jadi, sememangnya ada seruan mengenai hal ini? Tak sempat mencatit apa-apa, atau ayat dari surah mana-mana.  saya cuba menghadamkan dengan sedaya upaya. Nanti saja saya tanyakan perincian ayat itu pada imam tersebut.Begitu saya fikir. Ya. Sememangnya ayat Qur'an.

 saya tidak mahu menujukan ayat ini kepada sesiapa. Tapi ianya memang khas buat orang Islam dan beriman. Allah yang seru nama kita. Sila mengaku. dan sahut seruan Allah ini.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang-orang yang DI LUAR kalanganmu (seagamamu) sebagai teman kepercayaanmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya menyusahkan kamu. . Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh telah NYATA kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih JAHAT. Sungguh Kami telah terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu mengerti"

(Surah Ali Imran: 118)

Ya Allah. takutnya saya dengar ayat ini. Allah sudah nyatakan terang-terang, mereka kafirun ini JAHAT. Tak boleh buat kawan.Dan imam menyuruh kami menyemak semula siapa kawan kita? dengan siapa kita selalu berbicara? Siapa yang menjadi orang kepercayaan kita.

Khatib juga menambah dari surah yang sama ayat 28.

"Janganlah orang-orang berIMAN, menjadikan orang KAFIR sebagai pemimpin, melainkan orang beriman. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya dia TIDAK akan memperoleh APA PUN dari Allah, kecuali (siasat)  menjaga diri kamu dari apa yang kamu takuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (seksa)-Nya. dan hanya kepada Allah tempat kamu kembali"

Tak boleh lantik pemimpin dari kalangan orang kafir. itu yang saya faham dari ayat itu. Rasanya ia bukan ayat mutasyabihat, kan?

Ayat yang dimulakan dengan JANGAN. Seram tak? dan di hujungnya diberikan amaran seksaNya.

Bila revise balik dengan imam yang baca khutbah, beliau kata (mafhum saja) "Banyak lagi ayat pasal ketua kafir dilarang Allah ni. Panjang pula khutbah nanti"



p/s : Nak tahu lebih lanjut, boleh jumpa beliau dekat Seri Petaling


[ Read More ]

Segala puji Bagi Allah


Ramadhan yang sibuk. Ramdhan yang berlaianan suasana sekitar dan keadaannya dari tahun-tahun lalu. Bagaimanapun saya sangat mengharapkan Allah selalu berikan peluang pada saya dan semua untuk terus dalam ketaatan terhadapNya biar di mana pun saya berada. di langit mana pun saya junjung tetaplah Ramdhan bulan yang tak menunggu sesiapa. tadi, pulang dari terawikh, terlihat bulan yang sudah 'mengecil' semula selepas dua hari lepas, cerah indah, sempurna bulatannya. Jadi, saya perlu sedar, dan jangan bertangguh kerana Ramadhan sudah separuh dilalui. Teruskan pecutan anda!


untuk dia yang 'merayu' post ini, sila komen. ok tak., tapi, silalah panjang-panjangkan kepada kawan-kawan anda di laman sosial. 

(you know who are you, rite?)

sampai di sini saja. 

[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...