" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~

Segala Puji Bagi Allah.


Sangat bahagia kerana dapat bersama insan tersayang dan tercomel. Semacam tak logis pada sesetengah orang, bila mana hampir satu bas saling mengenali sekalipun berlainan IPT. Ternyata ukhuwah tidak bersyarat. Hanya akidah menyatukan kami. ewah~

Sebenarnya kami sama-sama berjaulah, atau berkembara menjejak kembali jati diri dengan memahami sejarah di negeri maju negeriku sayang negeri berteknologi hijau.(slogan yang baru belajar guna bila masuk negeri bersejarah ini)

Awalnya, kami bersarapan di bawah lindungan awan, dan nyamannya angin pagi, baru saya perasan, ada pelangi menemani kami! wah sarapan paling hebat penah saya nikmati!

Ini bukanlah kali pertama saya menjejaki Melaka, dalam kata lain, melawat muzium-muzium tersebut. Tapi beza sungguh dengan zaman sekolah rendah dahulu kala. Ramai yang kata, muzium ini adalah 'kuburan yang menerima kunjungan terbuka' atau cerita fasal orang mati, fasal cerita lama. Sahabat, ini adalah kembara mengenal diri, jika kita tidak kenal diri, bagaimana kita mahu membina jati diri? Hei, siapa kamu? Kamu nak bekerja demi apa jika kamu tidak kenal diri?

Satu-demi satu caption gambar pada dinding muzium saya baca . lebih-lebih lagi dalam kapal portugis itu. sehingga masa untuk lawatan dua muzium habis saya guna hanya untuk satu tempat sahaja! Sepatutnya ini bukan program sehri, sepatutnya seminggu! Saya perlu mengaitkan apa yang saya lihat dengan info yang pernah saya dapat ketika  zaman belajar sejarah 5 tahun lalu! yang belajar DEMI peperiksaan. 

Baiklah, info yang baru diterima,

1)  Melaka telah bermula empayarnya lebih awal dari catatan sejarah, jika sejarah mencatat kegemilangannya pada abad ke 15, sebenarnya dari abad ke 12 lagi ia telah gemilang. Dari fahaman yang dibaca, Melaka adalah satu misteri buat Eropah. Sehingga mereka terpaksa membuat satu misi besar ke Melaka, bila mana mereka sampai ke GOA dan mendapati ada pelabuhan hebat di nusantara? Mereka tak percaya ada yang lebih hebat dari mereka. Melayu? bangsa apa tu? Melayu ada empayar? Ada pelabuhan besar? 


Istana Kesultanan Melaka


2) Hudud digunakan dalam sistem pemerintahan. Dalam balairung seri yang sedang bincang dan menempatkan orang-orang penting seperti gambar di bawah.



Encik berserban itu dilabel sebagai kadi. Perbincangan dalam balairung seri ini melibatkan mereka yang faham agama. Jelas undang-undang ISlam adalah sebagai undang-undang negara. sepatutnya Undang-undang Kanun Melaka bukan menjadi kitab kuno, artifak sejarah, bahkan ia digunakan sampai sekarang. barulah dapat mencontohi Empayar Melaka. 





Ini adalah tahanan yang turut sama hadir dalam persidangan dalam balairung seri. kenapa? tanya encik penerang (yang begitu semangat bercerita kepada kami, sehingga kami ini seperti kanak-kanak sedang mendengar hikayat sebelum lena, bersila mendengar khusyuk cerita beliau sambil mengangguk percaya)

kenapa? sebab tahanan ini akan dibicarakan dan dikenakan hukuman hudud! tahanan ini biasanya yang melakukan onar yang besar seperti rogol, bunuh, mencuri. Ada maklumat yang sangat 'menyeronokkan'. Jika anda sedang dizalimi, seperti diperlakukan tidak senonoh, anda berhak membunuhnya di situ juga! anda tidak dikenakan hukuman, dan dengan bukti yang jelas. Wah! saya bermimpi berada di zaman itu. habis semua orang jahat di muka bumi ini.


3) Melaka ketika itu, sangatlah kaya. satu Kapal saja dikenakan bayaran mendarat berapa saya tak ingat, tetapi jmlahnya banyak. dan sehari Melaka menerima lebih 30 000 kapal yang berlabuh! sehingga dibayangkan oleh encik penerang itu, seorang kanak-kanak di melaka mempunyai seuncang duit emas di poket mereka. Wah! dan lebih menakjubkan kanak-kanak yang bermain teng-teng, perlukan batu bukan? dan 'batu' yang digunakan oleh mereka ialah syiling emas! aduhai..Tak perlu lagi PTPTN.



4) Kapal Melayu Jong yang sangat unik pada pandangan saya ini rupanya memang hebat. Ia dikatakan lebih besar daripada Kapal Portugis. Bezanya dari kapal-kapal yang lain, adalah bentuknya yang separa bulat dan tidak berpetak-petak seperti kapal lain. fahamkah? tak faham? Abaikan. Kapal Melayu dibina tidak menggunakan paku. Ini yang dikatakan di KOMPAS.  kalau kalian mahu tahu, memang kayu yang digunakan sangat terpilih. Ia dilenturkan dengan api, supaya melengkung, dan dengan kebijaksanaan Tukang Kapal dahlu, ia bersambung dengan tanggam yang telah dibentukkan.  Saya dapat entah dari bacaan mana, sudah lupa, yang pasti ia sumber yang benar. 


Rasanya banyak lagi 'untold story' yang dikongsikan, yang tiada dalam buku-buku sejarah.


kami diarahkan berkumpul pada jam 3.40 petang untuk bertolak ke Masjid Selat. Pada jam 3. 30 (jam saya) barulah saya dan sahabat habis solat dan makan tengah hari (yang mahal! rugi tak tanya orang Melaka mana tempat yang enak dan murah)


"Kita mesti naik!" ujar sahabat saya dengan bersemangat. Ya! mesti! Kamilah anak-anak yang degil, dan tidak mendengar kata. Bukit Melaka tempat asal Istana Melaka itu kami daki.


-Tangga yang menyaksikan kedegilan kami-

 Kami ingin melihat sudut pandang Sultan Melaka dahulu kala. Yang katanya dari atas itu, terbentang laut, dan semua kapal yang berlabuh adalah dalam pengetahuan Sultan. Memang benar. Laut yang terbentang kami dapat lihat, dan kami membayangkan di bawah, sekitar dataran pahlawan itu sebelum ditambak , satu ketika dahulu adalah pesisir pantai tempat kapal-kapal besar berlabuh. Gunung-gunung yang berbalam kami renung.


"Mana satu Gunung Ledang?" sambil merujuk kata-kata penganjur yang mengatakan Gunung Ledang boleh dilihat dari sini.


"Anggap sajalah apa yang kita lihat ini Gunung Ledang" ujar saya mudah. Alahai.. itulah, naik tanpa sesiapa yang boleh memberi penerangan.


-Membayangkan Istana Melaka dahulunya disini-

Yang menyedihkan kini, gereja  terbina di tapak Istana melaka. ada plak-plak besar, yang tak ketahuan maksud di dinding-dinding gereja itu. Juga tempat berdoa yang harus melontarkan duit terlebih dahulu sebelum doa dilafazkan. Mungkin lagi besar duit, lagi cepat sampai ke langit? Sedihnya.. Rasanya mahu saja letak sign bord-


 Gereja ini menyibuk di sini. Ini adalah bukti kekejaman barat yag merobohkan empayar Islam yang tidak pernah menganggu-gugat mereka, lalu bajet bagus bina gereja di tapak Istana Melaka yang berperanan menyebarkan Islam satu ketika dahulu. Dan percayalah, binaan ini diambil dari runtuhan Kota Melaka, dan keberkesanan teknologi Zaman kesultanan Melayu Melaka, atas sebab itu ia kekal hingga hari ini. Bukan kerana kebijaksanaan penjajah! sekian.
Jam 3.50 baru kami turun. Minta maaf lah penganjur. dapat peserta nakal keras kepala. MAsjid selat nan indah kami kunjungi sebagai destinasi terakhir.


Bayu laut menyanyikan ukhuwah yang bertaut



Pengisian bagus. Sebenarnya saya menunggu cerita Hang Tuah yang digemburkan ketika promosi program. Tapi, tiada pula.Sebab saya ada beberapa persoalan yang ingin diutarakan berkenaan Hang Tuah. Tak mengapa. Saya ingin menulis kembali ayat yang dilkatakan oleh pengisi.

"Kita dapat Islam kerana susah payah orang lain, darah dan perngorbanan serta nyawa orang lain, kalau kita main-main dengan agama kita, kita mengkhianati perjuangan mereka"
Oh, ya, saya mendapatkan 'secomel cenderahati' atas 'kejayaan' menjawab soalan kuiz yang Masya Allah! lagi susah dari soalan sejarah SPM yang lampau.


-comel, bukan?-


 Antara soalan yang saya jawab salah ialah peristiwa luar biasa sebelum Melaka mendapat nama
Ini jawapan saya. Oh! kena tolak ke sungai kah?


soalan pertama sudah salah! 


Saya ada satu nasihat buat guru-guru sejarah. Tak perlu lah bawa anak-anak murid kalian yang belajar dengan sistem 'hafal-dan-muntahkan-di dewan peperiksaan' untuk melawat muzium. Membazir masa.  Mereka hanya akan bergambar dengan replika barang yang cantik dan menarik, sambil memandang kesan sejarah lain dengan sapaan mata tidak peduli. Jika mereka belajar dengan kesedaran, dan atas nikmat ilmu itu sendiri, barulah bawa muzium keliling dunia pun tak mengapa. 


Baik sekian sahaja.


-entri yang sangat panjang ini, terpaksa diedit lebih dua kali-

[ Read More ]

Segala Puji Bagi Allah. 



Ya, perpecahan akibat perbezaan fahaman, makin menjadi-jadi nampaknya. 

caci mencaci, tuding menuding. 
apakah ini?
sedangkan kita satu akidah, satu syahadah.

dan satu agama.
ISLAM.

pernahkah kau berfikir, siapa yang bergelak tawa antara cakaran kita?
siapakah yang memercikkan api, dan kitakah yang meniupnya?

BERSATULAH umat ISLAM.
blok-blok parti, blok-blok jemaah, dan segala batu penghalang, ayuhlah kita musnahkan. 
bersatulah, di dalam satu SAF.


p/s:Terasa puas pula bila melihat ia berjaya disiapkan, dalam cuti-cuti yang tidak berapa nak panjang ni.

[ Read More ]

buat kali ini, rasanya terasa ingin menjadi telus.

rupanya. menunaikan amanah, lebih mudah berbanding melepaskan amanah. rasa itu teruk sekali. dengan kekangan masa yang menghimpit, terasa langit dan bumi bagai bertaut. mampukah, sempatkah aku, melepaskannya sehingga mereka faham?

 namun satu nasihat yang seakan melempang.

Tsiqqah.

Tsiqqah bukan hanya kepada amir. tetapi juga kepada jundi dan rakan seperjuangan. jadi,percaya pada jundi itu sangat perlu. Ya, salah sendiri juga, sebelum ini, syok buat kerja sendiri, tak mahu berjalan seiring, bila jadi begini, tak terkejar dek kaki.

dan muhasabah terus-menerus dilakukan. salah ramai, terlihat, sedang tahi mata sendiri tak pernah terperasan. lalu, sejak dua menjak ini, menjadi sensitif dari biasa. hanya satu ayat, buat hati tersayat. haih~ kamusudahkenapa.baru sekali tertembus peluru hingga ke balik hati, sudah teraa dunia sempit.  dan sekali lagi termuhasabah. lain kali nak menulis, atau menaip, fikir-fikirlah dahulu, rasanya sudah tahu, ramai bakal terusik dengan kata-kata itu, perkataan itu, kamu tulis, dan katakan juga.

"penat dah berlapang dada. penat sudah menjaga hati"

ya, dengan ayat itu, saya maju, dan tolak tepi asal kerja menjadi. bagaimanapun teringat lagi kisah nabi. Syura, meraikan, adalah akhlak nabi. pernahkan mendengar Nabi mengunyah limau perit-masam sambil tersenyum dihdapan yahudi?

lalu saya bukanlah dia yang mampu tersenyum saat bila kerja tak terbela. oh! maafkan daku Tuhan.  ya, dalam saya mahu telus,  saya pasti ada hati tertembus. Untuk itu, saya meminta maaf kepada seluruh isi dunia..
[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...