" setitis tinta bisa bercerita seribu hikayat menggegar dunia"

Alasan dunia ini diciptakan adalah untuk mengungkapkan
apa yang harus diketahui.

Dia menciptakan apa yang diketahuiNya
tanpa kelahiran dan rasa sakit,
engkau tidak dapat bermalas-malas barang sekejap
sampai hakikat dirimu diketemukan pada saatnya. ~JALALUDIN AR RUMI~


Apakah pernah kita terfikir, tertanya-tanya, mempersoalkan takdir-takdir yang tertulis untuk kita?

 Lalu buku ini pasti pantas ‘menampar’ anda dari berandai-andai dengan kehidupan yang sudah tertulis di Luh Mahfuz.



Menatai tulisan-tulisan Tere Liye yang tak pernah tertinggal dari bercerita mengenai emosi anak-anak kecil, ternyata memerlukan persediaan untuk mengalirkan air mata.

Rehan atau Ray ingin mendapat jawapan akan soalan-soalannya berkenaan takdir hidupnya bermula dia  menginjak 14 tahun. kisah anak yatim piatu memilih hidup gelandangan dari hidup di rumah anak yatim ini,  memang tak haus dari pengalaman dan musibah yang pada fikiran kita- 'Mengapa harus sesedih itu? Mengapa mesti sekejam itu takdir padanya?’

 Namun hanya pada usia 60 tahun, dia dapat melihat hikmah, atau akibat mahupun musababnya mengapa Allah menentukan takdirnya begitu. Maha suci Allah, setiap satu itu memang mempunyai perkaitan. Dari sekecil-kecil benda.. semunya punya hikmah, dan dalam perancanganNya.

Apa yang tersentuh bagi saya ialah saat kematian Diar, sahabatnya di rumah anak yatim, yang menjawab soalan pertamanya, ‘mengapa aku perlu menghabiskan masa kanak-kanaknya di sini?’ Di rumah anak yatim yang Penjaga rumahnya berlagak suci dan alim sedangkan duit zakat selalu masuk dalam tabungannya untuk ke naik haji. Yang selalu memukulnya sehingga berbirat, dan seribu macam kutukan pada rumah anak yatim itu.

Diar yang teruk dibelasah akibat perbuatan Ray, sebelum menghembuskan nafasnya, secara tidak lansung  menggerakkan hati Penjaga rumah berniat busuk itu, supaya bertaubat. Saat kematian Diar menjemput, yang diingati ialah jasa Ray yang pada mata orang lain biasa-biasa saja. Diar yang jujur, telus dan aneh itu..telah berjaya mengubah hati manusia.  Satu konsep yang dapat dipelajari dari cebiasan plot ini. ‘walau sekecil mana kebaikan yang kita lakukan, sekali pun tidak sengaja,ketahuilah, ia punya sebab dan akibat. KEBAIKAN DAPAT MENGUBAH TAKDIR. Kecil besar perbuatan kita,langit juga yang menentukannya.

Perbuatan jahat, tidak boleh dibalas jahat. Itu konsepnya. Tetapi Ray tidak memahami itu. Tatkala lukisan Ilham dikoyakkan, dia membalas dengan kekerasan. Perbuatannya malah memporak-porandakan nasib manusia sekelilingnya. Natan malah tidak layak menjadi penyanyi, kerana suaranya rosak dibelasah pendendam, Ilham tidak pun berjaya memasuki pertandingan seni itu. Ray tidak memahami tindakan yang disangka sebagai membela ‘adik-beradiknya’ di Rumah Singgah itu, ternyata mengubah hidup mereka 180 darjah dari impian mereka. Itu yang dilihat oleh Ray. Namun siapa tahu, dengan sebab itu, Natan menjadi composer terkenal, malah Ilham menjadi pelukis berjaya sehingga lukisan rembulannya menjadi milik Ray tanpa Ray tahu siapa pelukis lukisan berharga ribuan itu.Saya suka memetik kata-kata Bang Ape yang dipegang Ray sehingga berjaya menjadi orang berjaya.


“Kalian mungkin memiliki masa lalu yang buruk, tapi kalian memiliki kepal tangan untuk mengubahnya kepal tangan bagi menentukan nasib kalian hari ini, kepal tangan yang melukis sendiri masa depan kalian”

Bagi seluruh hidup Ray, menurut perkiraannya, ada satu garis bahagia,  yang berlangsung selama 6 tahun. Iaitu saat bersama isterinya, yang tidak kurang beza nasibnya dengan Ray.  Penulis berjaya melukis, malah seperti video, menayangkan pada kita saat-saat gembira,  melihat letupan bunga api di atas atap bangunan. Saat itulah si gadis tersentuh dengan penghargaan lelaki terhadap dirinya yang dirasakan hina. Namun sekali lagi Ray menyalahkan takdir, mengapa saat bahagianya hanya terhad untuk 6 tahun sahaja? Mengapa isteri yang digelar Si gigi arnab itu mati ketika melahirkan bayinya tanpa sempat dia tahu pun nama bayinya itu? Mengapa sekejam ini takdirnya?

Dalam meniti kehidupannya saya memerhatikan, Ray pasti saja terselamat dari sesuatu musibah kerana keratan akhbar yang dibawa kemana-mana dikocek seluarnya. Akhbar yang menyingkap sejarah hidupnya. Sejarah hidupnya yang paling tidak ingin diingati, yang paling dibenci Ray. Yang menyebabkan Ray percaya, jika hari itu tidak terjadi, segala musibah ini, pasti tidak berlaku padanya.

Satu lagi latar masa tipikal novel ini , setiap musibah yang menimpa Ray pasti pada hari kemenangan, Aidil Fitri. Jika tidak keterlaluan dikatakan, lebaran pasti memberi corak baru dalam hidup Ray.

Soalan-soalan Ray ini dijawab ketika dia dalam koma. Dalam komanya dia 'dibawa' oleh ‘si wajah menyenangkan’ mengintai hikmah dibalik tulisan-tulisan takdir padanya. Jika dalam komanya Ray mendapat jawapan, saya pula ditinggalkan soalan.Siapakah dia 'si wajah menyenangkan' itu? Benarkah orang koma melihat peristiwa begini? Apakah sebenarnya yang terjadi kepada mereka yang koma? Adakah mereka sebenarnya ‘hidup’? Atau secara totalnya apakah itu KOMA? Apa yang sya fahami,secara saintifiknya, koma adalah semakna dengan misteri. Mistik.(apakah perlu koma dahulu baru tahu? Nauzubillah..)

Dan Ray juga meninggalkan persoalan, mengapakah beliau diberi ‘kelebihan’ ini? Melihat kehidupan lampaunya? Menjawab  5 persoalan tentang rahsia kehidupannya?

Kerana tabiat suka melihat bulan. Dalam prasangka buruk Ray terhadap takdir Tuhan, dia melihat bulan sebagai tanda kasih sayangNya. Dia merasakan dia dan makhluk yang menerima nikmat sinaran cahaya bulan itu, adalah tanda kasih sayang Tuhan untuknya dan seluruh alam. Lihat? Benarlah kita tak tahu, mana satu perbuatan kita yang mendapat redha Allah.


Apa yang boleh disimpulkan, kita tidak perlu menunggu sehingga koma,barulah dapat melihat hikmah disebalik takdir kehidupan kita. Apa yang perlu kita fahami, cuba mengerti dan percaya, bahawa hikmah itu selalu tersusun di sebalik setiap apa yang kita lakukan. Hanya satu-tersembunyi. Kitalah yang harus mencari. Setiap takdir yang ditentuan untuk kita, itulah yang terbaik bagi kita. apa yang kita buat sekarang ini hanya perbandingan. Siapa kita untuk meng’gredkan’ ketentuan bagi kita itu? Gagal dalam peperiksaan adalah satu musibah, kesedihan- 50 peratus.Punya kereta besar, adalah satu kebahagiaan –seratus peratus. Walhal semua ketentuan Allah bagi kita, itulah SERATUS PERATUS terbaik untuk kita..


p/s: jika kamu mahu tahu, Tere Liye, adalah penulis ‘kejam’. Watak anak-anak kecil yang ditulisnya, selalu menyedihkan. Sampai aku selalu tertanya, wajarkah sekecil itu kehidupan mereka ditulis sekejam itu, mereka, kan insan tidak berdosa? Lalu aku menjawab sendiri, memangnya dia penulis buku itu, dialah yang berhak menentukan nasib watak itu. Sepertinya aku, adalah ‘watak’ dalam ‘tulisan’ Dia. Lalu apa saja, watakku, malah Dialah yang berhak melukiskannya. Tak percaya? Bacalah HAFALAN SOLAT DELISA atau MOGA BONDA DISAYANG ALLAH!
[ Read More ]


SEGALA PUJI BAGI ALLAH

LALU INI SAMBUNGANNYA.
Perjalanan kita masih jauh..




“Kau baca apa?”Tanya Fia. Menjenguk pada akhbar ditangannya.

“Nih, pasal buang bayi, sedih tau..” dia menunjuk pada berita tersebut.

“Inilah padahnya kalau kita tak menjaga hubungan lelaki dan perempuan. Dosa lain akan berterusan” Najwa mengangguk dengan kata-kata Fia. Hubungan sosial tak jaga.

“Tapi kan, bukan zina itu saja yang kita perlu elakkan, ada banyak lagi bentuk hubungan yang boleh 
dikategorikan sebagai zina” kata Fia sambil memandang wajah Najwa yang kini berkerut.

“Contohnya?”

“Contohnya, dalam satu hadis ni,Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

“Banyak tak faham la, macam mana dikatakan zina telinga, hati tu?” Tanya Najwa telus.

“Contohnya, bila kita bercakap dengan lelaki, nak tau tak? Lelaki bukan boleh dengar suara perempuan yang lembut-lembut, dia boleh terangsang. Sebab itu, kita kalau cakap dengan lelaki, jaga suara,keraskan sikit, macam dalam Al Quran kata..pinjam tafsir kejap?”Najwa mencapai Tafsir berwarna ungu di tepi mejanya.

 Sejak dia bersama Fia,kitab itu sering berada dekat dengannya.

“ Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya berkeinginan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)"
 (Al-Ahzab : 32)

Najwa mengangguk mendengar kata-katanya.

“Kalau zina hati?”Najwa bertanya lagi. Baru ini dia tahu ada istilah zina hati.

“Zina hati tu, kita tak nampak dia, tapi kita bayangkan dia, pastu, dah rindu-rindu pulak dekat dia. Memanglah kita tak buat apa pun.tapi itulah zina hati”

“Pastu camana nak elak?”  tekun Najwa bertanya. Ingin mengetahui lebih lanjut.

“Kalau kita memang kena bercakap dengan lelaki, pastikan atas sebab-sebab penting sahaja. Cakap yang penting. Dan jangan meleret-leret.” Najwa termenung mendengar kata-kata Fia itu.

“So, memang tak boleh sembang la ngan budak lelaki ni?” Tanya Najwa lagi.
Fia dengan sabar menjawab soalan telus Najwa.

“Boleh, tapi hal penting je, sebab kalau kita melebih-lebih, mesti ada yang terlepas dari kawalan hati. Hati kita ni, kan macam buih masa air menggelegak. Kejap je boleh berubah, lemah. Dan syaitan itu ada saja, menyelit cari peluang”


Najwa termenung di akhir ayat Fia itu. Fia tersenyum, dia memeluk bahu Najwa disisinya.

“Wawa. Aku mintak maaf, tadi sebenarnya aku nak guna YM, pastu, aku terbaca chat kau dengan Kamil.”

Najwa memandangnya. Dia tiba-tiba rasa malu. Tapi.. Aku ada cakap yang pelik-pelik ke dengan Kamil tadi?

“aku  terbaca.. sorry,.” Raut wajah Fia  begitu bersalah. Dia menegaskan suku kata ‘ter’ itu.

“Tapi Wawa, inilah dikatakan zina hati. Ikhtilat. Hati kita akan terusik juga dengan kata-kata lelaki walaupun kita nak kata dia kawan je” Fia berkata apabila Najwa hanya diam. Betullah. Bukankah dia berasa terawang-awang dengan kata-kata Kamil tadi?

“Tapi, kau tengok kan? Dia bukan sembang kosong dengan aku, aku kesian kat dia, tak de siapa nak rujuk bab-bab  agama ni..,” kata Najwa lagi. nak harap mak ayah dia? Kan mereka pun sibuk dengan hal cerai mereka? Anak-anak jadi mangsa.

“Banyak lagi orang yang boleh bimbing dia. Dia yang kena cari. Ini salah satu tipu daya syaitan Wawa..” luah Fia lagi. dia berharap sangat Fia faham.
Najwa mengangguk. Memang pun . bukankah tadi, dia pun sudah terbuai dengan kata-kata Kamil?
“Apa aku perlu buat Fia?”

                                                            **********
Susahnya mahu menjaga hati.. dia sudah baca emel yang diberi Fia. Mengenai ikhtilat. Dia rasa betul-betul rasa macam kena tampar membaca artikel itu. betullah dia tidak menjaga pun hal ikhtilat. Mana mungkin zina itu berlaku tiba-tiba. Pasti bermula dengan kawan kemudian menjadi kekasih, setelah kenal lama.dan kawan itu jugalah yang menjadi alasannya.
Makan bersama lelaki kerana itu hanyalah ‘kawan-kawan’. Ber-chating dengan lelaki atau SMS  dengan mereka walau tiada sebab penting biasa dilakukan.
Baru semalam dia membuat langkah pertama,atas nasihat Fia juga. nama Kamil diklik pada senarai contact YM nya.

Wawajua:Assalamu’alaikum...
Kame_kame:Wa’alaikumussalam., pekaba?

Wawajua: Sihat je, Alhamdulillah.Wei, try baca artikel ni. pasal Ikhtilat

Najwa menghantar link mengenai ikhtilat itu. 

Kame_kame: Ikhtilat? Apa tu?
Wawajua:Baca la dulu.

Kamil tidak lagi membalas mesej. 10 minit berlalu.

Kame_kame: Dah baca.
Wawajua: Faham?

Kame_kame: Faham la juga. Ikhtilat ni percampuran antara lelaki dan perempuan. Dalam Islam pergaulan ini ada batas-batasnya.

Wawajua:Betul tu. Lelaki dan perempuan tidak patut berhubung melainkan ada hal yang benar-benar  perlu. Kebersihan hati perlu dijaga. Em, kita tak sesuai nak berbincang-bincang banyak, sebab kita bukan mahram. Susah nak jaga hati.

Kame_kame: Jadi? Lepas ni aku tak boleh contact kau lagi? Pada siapa Aku nak tanya hal-hal agama lagi? Selama ni kau dah banyak ajar aku macam-macam.

Wawajua: aku ada kawan usrah bahagian lelaki. Kalau kau betul-betul perlukan bimbingan, kau contact dia. Insya-Allah dia boleh membimbing kau dengan lebih baik.

kame_kame: oh? Ok
Wawajua: Nanti aku hantar SMS.

Kame_kame: kita memang tak bleh contact lagi dah ke??
Wawajua: macam tulah kira-kiranya. Maaf ye

Lalu perbualan ditamatkan. Namun dia yang merasakan semuanya telah berakhir, rupa-rupanya langkah sebenarnya baru bermula. Malam itu contohnya. Dia rasa begitu pelik dan sunyi.
Baru dia sedar, apakah perubahan hari itu. Kamil tidak lagi mem BUZZnya. Kamil memang suka mengacaunya. Kadang-kadang tiada sebab pun, tapi Kamil sengaja mengusiknya dengan tiba-tiba mengejutkannya dengan BUZZ itu.
Dan dia merasa kehilangan. Rasa apakah ini? Sakit tapi dia tak mahu layankan.
Memang benar. Dia merasakan sesuatu bila bersembang dengan Kamil. Rasa gembira dan bahagia berbunga-bunga dihatinya. Huh!

 Walaupun Kamil bukanlah satu kelas dengannya, namun sering saja ada subjek yang sama mereka perlu ambil. Dan pastilah mereka sering terserempak. Dan saat itulah dia tidak tahu, harus apa yang perlu dilakukan? buat-buat tak kenal? walhal hatinya menjerit untuk menegur Kamil. Lidahnya memang ingin benar  bersembang dengan Kamil lagi. dia rindukan usikan dan tawa Kamil.
                                                            *********
“Assalamualaikum.. atuk.. o..atuk…!” suara Fia meniru suara Upin ipin mengejutkannya dari lamunannya.
“Waalaikum salam ipin baru sampai?” Tanya Najwa sambil tersenyum.
“Ipin dah lama sampai, atuk tu yang tak sedar, entah dah sampai planet mana ntah, teringat tok wan ke?” kata Fia meneruskan ‘lakonan’ cucu-atuk itu,sambil duduk di birai katil Najwa.

“Kau fikir apa, sampai aku masuk tak sedar?”

Najwa hanya menggeleng. Masuk hari ini, dia sedar, sudah 3 bulan selepas dia membuat keputusan menjauhi Kamil. Dia merasakan hatinya cukup kuat, namun bila dia ditakdirkan sekumplan lagi dengan Kamil, dia mula faham, hatinya rapuh bak sayap kupu-kupu,indah dipandangan, namun nipis dan mudah terlerai,andai tersentuh.

“Tadi aku jalan-jalan kat festival kolej, nampak tudung lawa-lawa..tergoda aku” kata Fia sambil mengeluarkan isi perut plastic bag yang dipegag sejak tadi.

“Teringat kat kau yang suka warna ungu, dan ini untuk kau. tambah koleksi ye?” Fia menghulur tudung itu. dia perasan, Najwa tak punya banyak tudung labuh begini. Maklumlah, baru beberapa bulan Najwa berubah. Namun puas ditekankan pada Najwa, perubahan fizikal bukan yang utama,yang penting kefahaman. Dia berharap sangat Najwa faham. Perubahan fizikal bukan KPI sesuatu perubahan ke arah pembaikan. Ia cuma kesinambungan dari perubahan yang bermula dari dalam hati dan cara pemikiran.

“Terima kasih Fia, susah-susah je kau ni..” membelek tudung bersaiz 60 inci itu. cantik sekali.
“Tak de susahnya..Cuma payah je..”ketawa mereka pecah bersama di situ.
“Dah, jangan sedih-sedih. Aku nampak kau kat library tadi.” Fia menerka sebab sahabatnya itu bermuka mendung bagai setahun tak hujan.
Pasti Fia nampak dia duduk semeja dengan Kamil lagi.

 “Aku rasa macam tak mampu Fia, sejak dua menjak ni, makin banyak ujiannya.” 


bersambung lagi?(senyum)
[ Read More ]

SEGALA PUJI BAGI ALLAH. 
Hari ini, mahu jiwang sekejap.
Hari ini, tarikh hari ini, berjaya membawa saya kepada masa lalu, semasa beruniform putih dulu.
Saat berlarian, minda penuh dengan keseronokan dan mainan.
Teringat pada susuk yang sabar dan bersemangat dihadapan. Sedang diri hanyut dengan mimpi, gelak tawa.
Malah sempat juga menyuap makanan ringan ketika beliau berbuih mulut dihadapan.
Bila tak boleh menjawab peperiksaan, alasan diberi, beliau tidak memberi tunjuk ajar.
Bijaknya mencipta alasan!
Namun beliau tetap sabar, menabuh ilmu..
siapa?
Guru-guruku..

Selamat Hari Guru buat semua guru, bekas guru, bakal guru..
dan sedekah Fatihah kukirimkan buat cikgu yang sudah kembali ke rahmatullah..

Khalinya nirmala, gontai linlungnya kaki
Tatkala gerbang ini kulangkahi
Bagai daerah asing yang sepi
Kaulah insan pertama yang mewarnaiku
Matamu menyapa lembut
Lidahmu menabuhkan untaian kata sakti
Yang bisa mengubah marcapada ini
Yang bisa mengutuhkan filsuf serebrasi
Kau memberi bebenang ilmu
Untukku tenun
Bertemankan sabar
Kau jerih memustaid hati
Lalu kupilin menjadi hamparan kemenangan
Lantas bibirmu tertiris
Segaris senyuman
Tunas hijauku mengeliat subur
Menyentuh liputan lazuardi langit
Kaulah yang mengacum baja semangat
Kaulah pendulum siraman hikmat
Tanpa sinaranmu pucukku terkubur
Penanagn cabaran yang enak membukit
Sejuta ma’zirah
Kupohon darimu
Andai anak didikmu ini
Pernah meluluk nuranimu
Andai kekhilafanku
Menggoncang kesabaranmu
Kusedari
Kerapku terlena
Dalam alunan kuliahmu
Kerapku bercanda dalam tuntunan pengajianmu
Segar jernih baktimu
Nihil untukku balasi
Seculin kejayaan
Hanya dapat kukirimkan
Secangkir doa kupanjat padaNya
Moga kau bahagia meniti kehidupan
Sekalung penghormatan kutitipkan
Setinggi penghargaan ku sembahkan
Padamu ingin kuucapkan
Walau bumi mana kujejaki
Jasamu tetap kukenang
Walau langkahku pincang
Baktimu tetap kujulang
Terima kasih
Hanya untukmu
Guruku


p/s: nak biased sikit, rindu dekat cikgu Fizik lebih!
[ Read More ]



SEGALA PUJI BAGI ALLAH.

Jadi, inilah sambungannya.


Mungkin agak lewat. 
Idea dan semangat mengalami gangguan..

Maaf kepada yang menunggu.

(bajet macam ada saja)

Baik!! Selamat membaca!

Bunga daisy..(anggap sajalah)
contengan zaman bila? pun tak ingat..


Erk? budak ni lagi?

Kamil kelihatan menyengih dari sisinya, dari dalam kereta kancilnya. Keretanya itu diberhentikan disisinya. dibahu jalan.

“Wei, rajin ko exercise?” Kata Kamil ketawa-ketawa.

 Najwa hanya mencebik. "Diamlah!"  Tu tiada niat lain, nak kutuk aku la tu, desis Najwa dalam hati
.
Najwa memandang ke belakang, kelihatan Fia kira-kira  5 ela dibelakangnya, sedang berbicara dengan Hajar.

“Tak nak tumpang? Mesti kau penat kan? Meh aku hantar” pelawa Kamil.  Memanglah Kamil biasa menumpangkannya balik kolej. Tapi kali ini dia berasa segan pula. Kenapa ya?

“Er..” dia menggaru kepala.

“Tinn!!” kereta di belakang Kancil Kamil membuatkan Najwa menoleh kebelakang.

“Cepatlah masuk.. orang nak lalu dah tu!” gesa Kamil. Eh? Dia yang berhenti tengah jalan ni, siapa suruh?
Fia dan Hajar pun sudah perasan akibat dari bunyi hon itu, menoleh memandang ke arahnya. Nak naik ke tak?

“Eh, takpe la wei, aku jalan dengan member aku masa nak pergi tadi. So aku balik dengan dia jugak la..” Najwa bersuara kurang yakin.

“Cakap la awal-awal, buat orang lain susah je!” ujar Kamil agak kasar dalam pendengarannya. Lalu Kancil hitam itu berlalu meninggalkan asap dan bunyi exzos yang sedia kuat itu.

“Ait? Marah ke? Hadesy..” Najwa menggaru kepala.

‘Ah.. lantak kaulah Kamil..macam tak biasa saja gaduh dengan kau’ Desisnya sendiri. Rasa tidak selesa dalam hatinya itu cuba tidak diendahkan.

                                                            ******

Tadi petang dia menghadiri usrah. Semenjak riadah hari  itu, dia istiqomah menghadiri usrah. Banyak ilmu dapat dipelajarinya. 

Dia menjadi insaf. Selama ini dia tak hirau pun dengan ayat al Qur’an, walhal semua persoalan, ada jawabanannya di dalam Al-Quran, tak kisah la pasal apa pun, sains? Kehidupan? Semua ada. Cukup lengkap. Tinggal lagi nak amal atau tidak.

Aktiviti malam  bersama rakan pun menjadi kurang, kerana masa lapang terisi. Malam itu report amali perlu diselesaikan. Memang panjang ..bak kata Kamil berkoyan-koyan. Ah! Kamil lagi.. memang Kamil terus menjadi kawannya yang akrab.

 Tapi sekadar kawan sajalah.

-Yakah Najwa? betul kah kawan saja?

+Eh? Betullah?

--Baik, semua.boleh diam tak? diharap memberi kerjasama, aku nak study ni..

Najwa berdialog dengan hatinya sendir.Dia kembali membaca laporan amali yang telah dibuatnya awal minggu lepas, proses menambah baik dan menyunting perlu dilakukan.


BUZZ!!

Tiba-tiba tetingkap YM muncul di skrin laptopnya. Siapa pulak ni?? La, baru cakap, dah muncul. Kamil. Hisy lupa pula nak offline tadi.

Kame_kame: salam, sorry kacau.

Wawajua: w’salam, ha.. tahu takpe..ko memang mengacau

kame_kame: apa-apa lah.. wei,aku nak tanya satu benda ni.. 

Wawajua: apa? kalau aku boleh jawab, aku jawab.

kame_kame: kalau kau kata sebalum ni Allah jadikan semua takdir adalah yang terbaik                    

                    untuk manusia kan?

Wawajua: ya.. so? Soalannya?


kame_kame: jadi kenapa takdir untuk orang ni suka sama suka, kemudian kahwin. Tapi         selepas tu Allah takdirkan dorang bercerai… tak ke itu namanya takdir yang tak baik untuk depa?



Wawajua: tak semua yang kita suka itu, baik untuk kita, dan tak semua yang kita suka tu tak baik untuk kita..cuba tengok ayat 216 dalam surah kedua.

kame_kame: hm, de cakap pasal apa? bacakan

Wawajua: pemalas! Camni.. “boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untukmu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal, ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

kame_kame: so, memg patut la dorang bercerai?
Wawajua: kau marah kat siapa sebenrnya ni? Ini kerja Allah, Allah yang tahu baik buruk semua takdir.  Kita ni mampu bersabar. Sebab semua ni ujian.
kame_kame: ko cakap sng bukan kau yang jadi anak dorang.  Aku kesian kat adik-adik aku.






Najwa termenung mendengar kata-kata itu. Kamil pernah beritahu cerita itu padanya. ibunya yang mempunyai keturunan Perancis itu menuntut cerai pada ayahnya.

 Entah kenapa dia yang jadi tempat tumpahnya cerita.  Memang sejak kenal semester lepas, kerana satu kumpulan dalam satu tugasan, Kamil rapat dengannya. Mereka boleh  bincang apa sahaja topic. Tak rasa kekok pun,seperti ada chemistry. Walaupun dia dan Kamil tidak sekursus, ia tidak menghalang mereka untuk rapat.

Najwa selalu merasakan, ibu Kamil bukan penganut agama yang baik. Mungkin kerana usia Islam yang baru dalam diri. Dia pula yang kasihan pada Kamil yang ‘kehausan’.


Wawajua: memanglah, tapi bukan kau je diuji, smua orang beriman diuji. Tengok surah ankabut ayat 2 sampai 3.
Kame_kame: pasal orang beriman kena diuji tu?
Wawajua: wah.. terer sudah.. bagus2..
kame_kame: kau yang ajar aku..
Wawajua:
kau yg nak belajar.. so? Faham dah ayat tu?
kame_kame: aku cuba hayati.. tima kasih la, kau la kawan aku.. ni yang aku sayang lebih kat kau. hehe


Najwa terasa mukanya panas. Cis! Nasib baik Kamil tak nampak. Dia rasa dirinya terbuai-buai. Bunga daisy, bunga kembang pagi, rasanya dah mekar terlebih dos saja rasanya dalam hati. Pendek kata,hatinya seperti taman bunga saja sekarang ni. Namun, dia buat-buat tenang.


Wawajua: haah.. iya la.. kang aku mintak belanja, tak dapat jugak..
kame_kame: haha
.. aku belanja la nanti, tapi kau bayar,
Wawajua:
ceh! Blahlah… dasar kedekut! dahla, aku nak siapkan report, layan kau setahun tak habis.
kame_kame: ok2.. aku pun ada kerja ni.. tq tau. Ingat aku dalam report mu..hehe
Wawajua
: takde maknanya.. ok.. bye!

Laporan yang tergendala tadi disiapkan.

Dia masih tersenyum-senyum. Nampaknya bunga ditaman masih lagi tak mahu nak kuncup. Dia kini sudah duduk di birai katil sambil membelek surat khabar. Namun fikirannya jauh dari akhbar yang di baca itu.

“Wawa..senyum sorang-sorang ,kenapa tu??” tegur Fia tiba-tiba. Najwa membetulkan silanya.


“Mana ada pape.. hehe, camne ngan laptop kau? dah ok?”Tanya Najwa sambil memandang Fia.

“Belum lagi.. lambat pula papa Tong tu kali ni” Fia membuat muka sedih.

 Tergelak Najwa mendengar  perkataan 'papa Tong' itu. memang kalau ada masalah laptop, pada lelaki cina itulah mereka tuju, sampai lelaki cina itu kenal mereka, sampai mereka panggil dia papa. Tapi dibelakangnya sajalah!

“Nak guna laptop tak? Aku dah tak  guna” kata Najwa mempelawa.

“Baru nak cakap, terima kasih lah,aku nak check emel jap” Fia menuju ke arah mejanya,lalu mula menggunakan laptopnya. 

Dia kembali menatap surat khabar di tangan. Ah! Buang bayi lagi, kali ni dalam tren pula! Pandai pula dia bubuh surah Yassin pada selimut bayi itu. isy.. marahnya dia. Buat pandai, jaga tak mahu! Seranahnya dalam hati.

“Dah sudah?” tegurnya bila melihat Fia bangun dari kerusi. Fia mengangguk. Ada bayang perubahan pada 
wajahnya. Itu yang dapa dikesan oleh Najwa. Tapi kenapa?




Bersambung..
[ Read More ]

SEGALA PUJI BAGI ALLAH



Contengan sahaja.

untuk langkah seterusnya, belum diberi 'taufik dan hidayah', 
mahupun mood (apa dalam bahas melayu ye?)
 Barang sesiapa yang bermurah hati untuk warnakannya 
Amatlah berbesar hati






p/s:  penggagahan diri dibuat sekalipun  kepeningan dan kepanasan  mengganas
[ Read More ]

SEGALA PUJI BAGI ALLAH

"baru buka blog, dah berhabuk, tiada entri baru! inilah namanya semangat sehangat tahi ayam!"

mungkin itulah yang ada di minda pembaca blog ini.
atau hanya bermain di minda saya saja?
Hakikatnya, masalah teknikal dan psikologikal mengekang kelangsungan blog ini.

Baik. cubaan terbaru. Sebarang komen dialu-alukan.




"Kau tak nak join kami sekali?” Tanya Kamil bila melihat Najwa menggalas beg dan berura-ura hendak berlalu. Bukankah mereka bercadang untuk makan tengah hari bersama?

“Ada apa-apa nak bincang lagi ke?” Tanya Najwa sambil memandang Rita. Faiz dan Kamil sudah mula hendak bergerak. Mereka baru selesai perbincangan tugasan kumpulan. Meja di luar perpustakaan itu, agak berselerak dengan segala benda.

“Dah tak de.. saja lah hang up sama-sama, sebelum present esok.” Kata Rita sambil mengemas alat tulisnya di atas meja perbincangan.

“Oh.. kalau macam tu aku gerak dulu lah.” Kata Najwa.

“Eh, kau dah makan ke, marilah, join kitorang..” kata Has memujuk. Tangannya diletak atas bahu Najwa.
Najwa tersenyum. “takpelah. Aku ada hal. Sorrylah ye.”dia mencubit pipi Has. Has menyeringai menahan sakit.

“Okey, you all, aku gerak dulu, Assalamualaikum” tanpa sempat mereka yang lain berkata apa-apa, Najwa sudah berlalu.

“Waalaikum salam” kata Kamil yang hanya mampu memandang belakang Najwa yang menghilang dibalik bangunan. Hujung tudung Najwa itu seakan ‘melambai’ kepadanya. Kamil menarik nafas panjang.

“Kau patut dah faham, dia takkan nak join kita punya..” kata Faiz berlagu dihujung ayatnya. Dia meletakkan sikunya dibahu Kamil, bersandar disitu, sambil turut memandang ke hadapan tempat hilangnya Najwa tadi, lagak melihat masa depan.
Kamil memandang raut Faiz yang mengangkat keningnya berkali-kali. Menyindirnya.Dia menjatuhkan siku Faiz. Faiz pura-pura terjatuh. Menjelingnya tajam. Menyibuklah Faiz ni!

 “So kita nak makan kat mana?”

“Bakery!” cadang Rita dan Has serentak. Lalu tawa mereka pecah.

                                                *************
Najwa menghempaskan badannya ke katil. Teringat wajah hampa Kamil, dan sinisnya senyuman Faiz. Itu tidak campur dengan muka Has yang memujuk tadi. Di menghela nafas panjang.Memandang kipas yang berpusing di syiling. Lalu dia merenung diri. 

Bilah-bilah kipas itu seperti manusia. Selaju mana bilah kipas itu ke depan, dia pasti akan kembali ke titik mulanya. Manusia juga begitu. Pasti. Dan sangat pasti. Akan kembali kepadaNya. Jadi salahkah dia jika dia punya prinsip untuk kembali dengan keadaan yang diidam semua mukmin? Ingatannya kembali pada sebulan lalu.

                                                           *********************


“Dah pukul berapa ni, baru kau balik?” Tanya Fia di meja belajarnya, apabila dia melangkah masuk ke bilik berhati-hati. Niat membuka pintu dengan perlahan kerana tidak mahu mengejutkan roomatenya itu hancur. Pasti Fia sedang menyiapkan esaimen atau laporan amali.

“Aku ada discussion tadi” sahut Najwa memberi jawaban. Dia membuka lilitan selendang pink yang tadinya melekat dikepalanya. Overcoat hitam turut disangkut ke hanger.

“Dengan Kamil? sampai pukul 2 lebih? Wa, kau pun tahu, apa kau buat ni kan?” kata Fia lembut. Dapat mengagak yang Najwa keluar dengan Kamil lagi.

“Kitorang bukan duduk dua orang saja, ramai lagi kawan-kawan lain.” Najwa beralasan.

 Ya Rita , Faiz dan Has pun ada. Bukan Kamil saja. Lepas discussion tadi mereka mengajaknya minum sebentar, takkan nak tolak pula? Sembang  punya sembang, tak sedar hari dah pagi.

"Hhm, kau dah besar Najwa, dah boleh berfikir. Aku nak tidur dah ni, kejap lagi tutupkan lampu.” Ujar Fia sambil menutup mulutnya yang terkuap.
Najwa menarik nafas panjang. Lega, Fia tidak berkhutbah panjang. Entah bagaimana, semester ini dia boleh sebilik dengan Fia yang juga satu course dengannya. Fia itukan bekas BADAR sekolahnya dulu. Pasti “khutbah” dia pun pedas! Dia menguap. Ah esok ada kelas pagi, malasnya!

                                                            *************
                                                                                                                                   
“Jom, aku dah siap ni” Fia muncul dengan baju T-shirt labuhnya itu,dengan lengkap bertudung. Dia yang masih duduk di atas katil menoleh.

“Kau pergi dulu, nanti aku follow” memberi helah. Dia malas sebenarnya.

“Ala, apsal pulak?tak best lah macam ni, jomlah.. kita pergi sama-sama. Aku tunggu kau ya?” Fia bersabar memujuknya.

“Okeylah.. “dia akhirnya menurut.

Pergi ke mana? Mengikuti Fia riadah. Tapi bersama rakan-rakan Fia yang se ‘fesyen’ dengan Fia. Dia sebenarnya segan dengan mereka yang bertudung labuh itu. selebihnya dia tidak senang dengan gelagat mereka yang hanya bercampur dengan ‘angkatan’ mereka sahaja.tidak bercampur pun dengan kami yang ‘biasa-biasa’ ini.. tapi semenjak berkawan dengan Fia, anggapan itu terkakis walaupun tidak sepenuhnya.

“Najwa…!  awak pun ada?? Bestlah macam ni..” sapaan Hajar,menyambutnya sejurus dia sampai di taman rekreasi itu.

Belum sempat dia menjawab, satu lagi sapaan datang.

“Najwa.. lama tak jumpa..” Itu Hana, tak cukup itu, dia dipeluk oleh Hana. Segan pula disambut begini. Tapi dia agak tersentuh  dengan sikap mereka. Bukankah mereka baru kenal seminggu lepas? Masa Fia ajak makan bersama di kafe fakulti. Tapi gaya mereka, seperti sudah kenal bertahun.

Penat beriadah pagi itu, diselangi dengan gurau senda antara mereka. Habis bermain netball, dia sangka tamat di situ sahaja, bagaimanapun ada sambungannya.

Duduk di bawah teduhan pokok, di dalam satu bulatan, pada  mulanya buat dia merasa pelik.

‘Mahu buat apakah?’ desis hati Najwa. Dia sudah berkira-kira, berapa assignment yang perlu diselesaikan minggu itu?


“Sudah berapa lama kite hidup? Berapa lama pula kita sumbangkan diri kita untuk agama? Dalam dua puluh empat jam sehari? Tak salah rasanya kita luangkan masa sekejap saja untuk agama.” Tiba-tiba,kata-kata Hajar begitu mengena pada batang hidungnya.

“Islam itu agama yang syumul. Islam bukan persatuan, bukan aktiviti masa lapang, bukan. Tapi Islam itu cara hidup. Kita riadah, ini pun, salah satu cara Islam. Mukmin yang kuat adalah lebih baik dari mukmin yang lemah. Itu mafhum hadis. Nak kata kat sini yang Islam menuntut penganutnya amalkan cara hidup sihat, supaya kita kuat.”

Yang lain hanya mengangguk dan sesekali mencatit pada buku masing-masing.

“Tapi masalahnya, sekarang ni orang dah tak faham Islam. Islam dia ambil bila masa yang suka je, part yang disukai sahaja. Contohnya apa? bila ajaran Islam diguna?”

“Masa nak nikah..” seorang menjawab
.
“Masa nak nikah je pakai tudung, sebab masuk dalam masjid” seorang lagi memberi pendapat. Terkeluar tawa mereka mendengar itu.

“Ya betul lah tu, sebab fesyen,karang tak guna tudung, kata tak up to date pulak kan?” kata Hajar.

“Mari kita ambik satu analogi. Katakanlah,kita nak makan nasi ayam. Apa ada dalam nasi ayam, Najwa?”
Terkejut Najwa dituju tiba-tiba. ,melihat pada Hajar yang tersenyum menanti jawaban.

“Em.. Nasi, ayam goreng-rempah..sup, sos, tomato..sayur-sayur la..” kata Najwa sedikit pelik. Kenapa tiba-tiba cerita pasal nasi ayam pula ni? Ada kaitankah?

“Okey..nampak macam suka nasi ayam je?” Tanya Hajar. Najwa hanya tersenyum. Angin bertiup sederhana, dia memegang hujung tudungnya. Nyamannya..

“Okey itu lah nasi ayam, tapi cuba satu hari ni,kita pergi kafe, mintak dekat makcik kafe tu..
makcik.. nak nasi ayam, tapi jangan bubuh ayam’” terpecah tawa semua. Hajar tersenyum melihat reaksi sahabat-sahabatnya itu.

“Adakah nasi yang kita beli itu dikira nasi ayam? Atau pun kita kata, 

'saya nak nasi ayam, tapi tak nak sup?'

 Boleh ke? Pastu claim kat orang,

‘aku makan nasi ayam tadi, tapi takde sup’.. agak-agak orang cakap apa?” kata-kata dan tone suara Hajar yang bernada lucu itu menghidupkan lagi suasana.

Semua di situ ketawa .
“Orang tak betul la tu..”kata Fia pula

“Okey, jadinya, Islam pun seperti itulah. Bukan boleh di ambil mana yang kita suka sahaja, yang kita tak suka, kita letak tepi..mari kita check surah Al baqarah, ayat 208. Em, mintak Najwa bacakan maksudnya?”

 Hajar memandang wajahnya lagi. baru dia perasan, hanya dia sahaja yang tidak memegang tafsir Al Quran, terpaksalah menumpang tafsir Fia disebelahnya.

“Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (tidak separuh-separuh) Dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata”

“Ayat itu dah jelas, kan? Islam itu sebenarnya satu pakej,yang cukup semua. Jadi kita perlu ambil sepenuhnya Islam itu.Yang perlu kita lakukan sentiasa mengingat, sebab syaitan tu ada je nak menipu dan menggoda kita.” angin pukul sepuluh pagi yang bertiup menambah lagi kesan pada kata-kata Hajar itu. semua diam merefleks diri
.
“Marilah kita makan nasi ayam yang cukup pakej, supaya kesedapan nasi ayam itu dapat kita nikmati dengan sebenar-benarnya..” ujar Hajar berhikmah sambil tersenyum.

 Bulatan ukhuwah itu kemudiannya ditamatkan.  Pagi itu dia seperti dikejutkan dari tidur, benarkah dia adalah sang pemakan ‘nasi ayam’ tanpa sup atau tanpa ayam? Allah, lama benar aku ‘tidur’


"Najwa!!" tiba-tiba namanya dipanggil ketika dia berjalan pulang dari tasik tempat dia beriadaha tadi. dia menoleh. Erk!

Bersambung....
[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...